PEJAM CELIK PEJAM CELIK
Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik tiba-tiba kita sudah berada di pertengahan bulan April di tahun 2023. APRIL? Bulan yang keempat dalam tahun masihi. Bulan selepas habisnya bulan Mac. Bulan sebelum tibanya bulan Mei. Bulan yang diberi nama sempena nama dewi cinta iaitu, Aphrodite.
Cepatnya masa berlalu. Cepat betul masa meninggalkan kita. Cepat sangat masa berjalan. Atau adakah kita yang tidak pandai menghargai masa? Atau adakah kita yang tidak bijak menggunakan masa? Atau adakah kita yang tidak cakna membahagi masa? Sehinggakan kita tidak perasan malah tidak sedar waktu berlalu meninggalkan kita.
Rasanya baru semalam sahaja saya bersemangat berkobar-kobar dan memasang impian serta matlamat untuk menulis setiap hari di ruangan ini. Mencoretkan dan berkongsi cerita tentang kehidupan, tentang pengalaman, tentang isu semasa, tentang aktiviti harian, tentang apa-apa yang terbungkam di hati sanubari ini.
Sedar tak sedar, coretan saya yang terakhir di blog ini adalah pada 10 Ogos 2021. Hampir DUA TAHUN blog ini membeku, kaku, bungkam dan diam. Dua tahun saya tidak menulis. Dua tahun saya tidak mencurahkan idea. Dua tahun saya tidak mengasah bakat penulisan saya. Dua tahun saya bazirkan masa begitu sahaja.
DUA TAHUN!
24 BULAN!!
104 MINGGU!!!
730 HARI!!!!
Assalamualaikum, I just want to let you know, that there are scammer using your photos to scamming people out there. They made an IG account (3 accounts) with your profile and act like it is real. And I'm the one that been scamming by them.
ReplyDelete