FILEM REVIEW: THE LADY IN THE VAN
Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi cerita berkenaan filem yang baru saya tonton di Netflix iaitu filem The Lady in The Van. Filem ini menarik perhatian saya untuk menontonya kerana watak utama di dalam filem ini dilakonkan oleh pelakon hebat kesukaan saya iaitu Maggie Smith yang juga memegang watak penting di dalam filem Harry Potter iaitu Professor Minerva McGonagall!
Filem ini membariskan ramai pelokon-pelakon hebat dari British seperti Alex Jenning, Claire Foy, James Corden, George Taylor dan ramai lagi. Saya lebih suka untuk menonton filem-filem dari British kerana selain dapat menambah perbendaharaan kata english saya, saya juga dapat belajar menyebut perkataan-perkataan dan bercakap dengan gaya orang British. Barulah bunyi macam orang London bila bersembang nanti. Tak ke hebat nanti?
Filem ini mengisah tentang seorang makcik tua yang tinggal seorang diri di dalam van. Orang lain tinggal di rumah tetapi makcik ni tinggal di dalam van. Homeless tapi ada van. Tahap atas sikit dari gelandangan. Mula-mula van makcik ni warna kelabu tetapi makcik ini ada banyak masa dan dia telah cat vannya dengan cat kuning. Jadilah van kuning dan telah menjadi identiti makcik ini The Lady in The Yellow Van. Makcik ini suka meletak atau parking van dia di bahu-bahu jalan di kota London dan menjual tisu dan barang-barang terpakai di kaki lima untuk menyara hidupnya sendiri dan tidak mahu mengharap bantuan dari rumah kebajikan masyarakat kota London. Independent homeless women! *tepuk tangan sikit
Nak dijadikan cerita, pada suatu hari polis atau penguatkuasa kota London datang untuk menghalau van dan makcik ini dari meletak van kuningnya di bahu-bahu jalan kerana menghalang lalu lintas dan menggangu pejalan kaki. Disinilah perhubungan persahabatan terjadi diantara Mary/ Margeret/ Miss Sheperd dan Mr Allan Bennett. Tidak tahu atas sebab apa Mr Allan Bennett yang merupakan seorang penulis, penggiat teater, lelaki dipertengahan usia dan tinggal seorang diri di rumah besar miliknya membenarkan makcik ini meletakkan van kuningnya di perkarangan rumahnya! Baik hati betul Mr Allan. Kita selalu di momokkan tentang perangai dan sikap orang British yang cerewet, lantang, tegas, ikut buku dan pentingkan diri sendiri. Tetapi di dalam filem ini memaparkan sisi lain orang British.
Mr Allan Bennet pada mulanya berniat hanya ingin membantu makcik van kuning beberapa bulan sahaja tetapi tanpa disedari persahabatannya dengan makcik van kuning dan van kuning makcik kekal kekal terletak di perkarangan rumah Mr Allan Bennett selama lebih 15 tahun! How fast time flies!
Makcik van kuning merupakan seorang yang tegas, degil, cerewet dan mempunyai pendirian yang tersendiri. Hanya Mr Allan Bennett yang boleh bertahan dengan perangai dia. Mungkin kerana mereka berdua mempunyai personaliti yang sama atau bintang kelahiran yang sama. Sepanjang perkenalan ini barulah Mr Allan Bennet mengetahui bahawa makcik van kuning iaitu Mary bukan biasa biasa.
Mary merupakan seorang yang terpelajar dan mempunyai bakat yang hebat bermain piano. Keluarga Mary merupakan orang besar di kota London dan Mary merupakan anak didik guru piano yang hebat di kota London pada masa itu iaitu Alfred Cortot dan telah menyertai banyak konsert yang hebat di zaman kegemilangannya. Mary yang telah memilih untuk hidup bersendirian di dalam vannya dan menjauhi dari orang ramai atau kehidupan sosial yang normal kerana rasa takut dan bersalah yang menebal di dalam dirinya akibat kenangan lampau yang menghantui dirinya. Kalau nak tahu kena tonton filem ini. *senyum jahat
Disebabkan kisah hidup Mary yang unik dan tersendiri, Mr Allan Bennett yang merupakan seorang penulis telah merakamkan cerita kehidupan Mary menjadi sebuah novel dan akhirnya menjadi naskah filem ini yang juga merupakan paparan realiti sebenar kehidupan Margaret Fairchild The Lady in The Van.
Kesimpulan dari filem ini, kita tidak boleh menilai seseorang. Tidak kira dari segi sikap, mentaliti, perangai, personaliti, tingkah laku, perwatakan, pakaian, cara makan, cara berfikir, cara bercakap, cara bertindak, cara bersosial, cara duduk, dan pelbagai lagi. Setiap orang punya sejarah yang tersendiri, kisah hidup masing-masing dan sebab kenapa dia memilih kehidupan atau jalan hidup itu.
Comments
Post a Comment