SHARIZAN 2020
Sedar ataupun tidak sedar tahun 2020 sudahpun berlalu, beredar, melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita semua. Saat menjadi minit. Minit menjadi jam. Jam menjadi hari. Hari menjadi bulan. Bulan menjadi tahun. Tahun menjadi tahun depan. Masa akan terus berubah walaupun kita memerlukan masa untuk berubah.
Tahun 2020 boleh dikatakan sebagai tahun yang paling perlahan, mencabar, menjatikan diri, mematangkan diri dan sangat unik dalam hidup saya sepanjang saya hidup di muka bumi ini. Dengan kehadiran pandemik COVID-19 di dunia dan juga di Malaysia, telah memberi lembaran baru dalam hidup kita semua di tahun 2020. Tiada lagi peluang untuk mengembara ke luar negara dan melihat keindahan negara asing. Kita disajikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Sekatan jalan Raya (SJR), Work From Home (WFH), 14 hari kuarantin, kontak rapat, swab test, RTK Antigen dan pelbagai lagi perkara baharu di tahun 2020.
Tahun 2020 juga memaksa saya untuk menjadi seorang yang lebih dewasa, lebih ampuh, lebih tegar dan lebih matang.
Disini saya nak senaraikan dan kongsikan 15 perkara terbaik yang saya telah buat dan telah hadir di dalam hidup saya sepanjang tahun 2020 untuk dikenang, diingati dan dinikmati.
1. 17 Januari 2020: Backpacking 3H2M di Singapura bersama adik-adik tersayang! Trip pertama di tahun 2020 dan yang terakhir semenjak COVID-19 melanda. BACA DI SINI
2. 25 Januari 2020: Sharizan Hamid's Housewarming & Kenduri Doa Selamat! Alhamdulillah dapat juga penuhi salah satu impian hidup saya. BACA DI SINI
3. 8 Februari 2020: Trip berbasikal yang pertama kali dan paling jauh dalam hidup! Bota - Parit - Manong - Kuala Kangsar 200KM! Bersama Abg Radzi, Eka dan Nadiah.
4. 29 Februari 2020: Melangkah ke alam pelajar sarjana. Master in Sport Nutrition!
5. April - Mei 2020: Pertama kali cuti sakit hampir selama DUA BULAN! Terpaksa kuarantin seorang diri dibilik sambil mampu melihat dunia luar dari jendela cermin.
6. 1 Mei 2020: Beli TV yang pertama barsaiz 55" untuk rumah saya di Bukit Antarabangsa!
7. 24 Mei 2020: Pertama kali dalam sejarah sepanjang 5 tahun berkhidmat dalam ATM kena bertugas di pagi raya 1 Syawal. Waktu ini rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung halaman kerana PKP baru dimansuhkan.
8. 15 Jun 2020: Menerima jemputan ceramah pemakanan yang pertama kali di tahun 2020 dari Pasukan Khas Laut (PASKAL) di KD Panglima Hitam, Pangkalan TLDM Lumut.
9. Menerima sebanyak 4 jemputan webinar di tahun 2020:
Perkongsian cabaran sebagai Pegawai Pemakanan di dalam ATM dengan adik-adik Faculty Health and Life Sciences, MSU pada 1 Ogos 2020 |
Mengadakan kelas Healthy Diet Prevent Obesity dengan pelajar MSU pada 22 Disember 2020. |
Koloborasi dengan Binawan Universiti, Indonesia untuk International Webinar "Sharing Session Among Asian Nutrition Experts" pada 26 September 2020 |
Koloborasi webinar dengan Indonesian Young Food and Nutrition Leadership (DoYouLead) Gen 2 Training dengan tajuk 'Sharing Experinces As A Nutritionist in Malaysian Armed Forces' pada 10 Jan 2021. |
Surat khabar The Sun bertarikh 8 Disember 2020 |
Surat khabar The Star bertarikh 19 November 2020 |
13. Projek Re-Zan, FITZAN, FITZAN 2.0 diaktifkan untuk meningkatkat kecergasan diri dan penampilan diri.
14. 31 Disember 2020: Kene swab!
15. I FOUND MYSELF BACK!
SELAMAT DATANG 2021!
Hello nama saya Githa dari Indonesia, aku hanya ingin menyampaikan jika anda merasa tidak punya akun instagram saya ingin mengatakan bahwa ada akun bernama "moch sharizan" menggunakan semua fotomu dan melakukan love scamming . Trimakasih
ReplyDelete