Alhamdulillah pada hari Sabtu 25 Jan 2020 saya telah melangsungkan majlis Housewarming & Kenduri Doa Selamat yang serba ringkas di teratak kecil saya ini. Sejak dari hari pertama saya mendapat kunci rumah saya ini saya telah berniat untuk mengadakan kenduri doa selamat, bacaan yaasin dan tahlil untuk berkongsi kegembiraan saya memiliki rumah idaman saya bersama ahli keluarga, sanak saudara, sahabat rapat, jiran tetangga dan rakan kerja. Selain itu, dengan majlis ini mudah-mudahan mendapat keberkatan dari ilahi dan dijauhkan saya dari perkara negatif, dimurahkan rezeki, dilimpahkan kekayaan, diberi ketenangan, keselesaan, dan keamanan sepanjang saya tinggal di rumah saya tersebut nanti hendaknya. Amin.
|
Ready for housewarming dan menunggu tetamu |
Disebabkan terlalu sibuk dengan kerja, tugasan harian dan penugasan ditambah pula semua urusan majlis ini saya perlu uruskan sendiri menyebabkan majlis serba ringkas ini menjadi bertambah ringkas. Alhamdulillah berkat angan-angan, mimpi-mimpi dan impian saya sejak dari zaman saya menyewa di Sri Alam Condo untuk mengadakan majlis seperti ini apabila saya memiliki sebuah rumah, akhirnya imaginasi ini menjadi realiti. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan!
|
Semasa bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat diketuai oleh Ust Azizul dan Ust Nizzamil |
Majlis Housewarming & Kenduri Doa Selamat ini merupakan majlis yang pertama sekali dan ulung kali saya organize sendiri untuk diri sendiri dengan kehadiran tetamu yang lebih dari 50 orang. Tiada istilah penat yang hadir. Hanya kegembiraan, keterujaan dan keseronokan. Moga-moga tetamu yang hadir mempunyai pemikiran dan perasaan yang sama hendaknya.
Pada mulanya saya berasa tidak yakin untuk mengadakan majlis ini. Pelbagai perkara yang saya fikirkan. Tetapi perkara yang selalu bermain, berputar dan berpusing diminda saya adalah; ada ke yang mahu datang ke majlis saya ni nanti?
Alhamdulillah ramai dan ada antara tetamu yang hadir pada hari tersebut merupakan kejutan buat diri saya. THANK YOU SO MUCH SEMUA!
|
Pelbagai juadah makanan dari Segi Seri Sdn. Bhd catering |
|
My close buddies. Naila, Ihsan, Khalid & Nadia |
|
Hari pertama rumah saya dikunjungi tetamu |
|
Rumah kecil saya dipenuhi tetamu yang sudi hadir |
|
Keluarga dan sanak saudara menikmati juadah dalam kepanasan. |
|
Terima kasih skod GO, skod MODO dan skod UPNM saya yg sudi hadir |
|
Mr Zaidi, the lawyer yang menyebabkan saya memiliki rumah ini. Tq for coming! |
|
Anak buah saya Cik Piya & Afeef merasmikan banner 8' x 8' di pagi hari. |
|
Keluarga saya di KL. Terima kasih datang Mama, Papa, Kak Iylia, Kak Aimi & Abg Syafiq |
|
Another family shot ikea furniture. |
|
Setia bucu rumah menjadi port makan. Maaflah rumah saya kecil. |
|
Terima kasih Dr Hanis Izzat, Dr Atiqah & Dr Wan sebab sudi hadir |
|
Skod airforce saya Kapt Syazwan & wife pun hadir |
|
Group phote sebelum pulang di banner event. |
|
thanks Mama, Papa & Kak Iylia for coming. Jimmy je takde |
|
Terima kasih Kol Nasha datang dari jauh dan for the gift |
|
Mej Kamarudin, isteri dan anak-anak hadir memeriahkan majlis |
|
Terima kasih Dr Izwan, Kak Sharida & anak-anak sebab hadir |
|
Terima kasih Chef, waiter dan En Rahman dari Segi Seri Sdn. Bhd Catering atas service yang tipyop dan makanan yang super lazat dan sedap. Extra pulak tu! |
|
All the gifts from guest. TQ! |
Comments
Post a Comment