Alhamdulillah pada pagi Sabtu tanggal 29 Disember 2019 secara rasminya saya telah menjadi pemilik sebuah unit rumah di Villaria Condominum, Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya, Selangor!
Semua orang pasti punya impian untuk memiliki sebuah rumah impian mereka. Bagi saya impian untuk memiliki sebuah rumah sudah saya pasang sejak dari zaman saya belajar degree lagi. Impian ini berputik dan bercambah tinggi semasa saya menyewa di Sri Alam Condominium, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS), Shah Alam bersama rakan-rakan universiti saya. Sri Alam Condominum mempunyai keunikannya tersendiri sehinggakan saya memasang niat, berangan-angan dan bercita-cita untuk membeli dan memiliki rumah di Sri Alam Condo ini apabila saya sudah bekerja nanti. Kawasan yang tenang, sunyi, exclusive, jauh dari bising jalanraya, dikelilingi kehijauan, guarded dan gated, resort-style, bersih dan yang paling penting rumah design lama iaitu lantai ruang tamu dan ruang makan dari Ipoh Marble, lantai setiap bilik dari kayu Parquet, ruang dapur terletak tersorok di belakang rumah dan ada balcony di ruang tamu dan juga di bahagian dapur.
Alhamdulillah impian saya dimakbulkan dan dipermudahkan selepas tiga tahun bekerja sebagai mat terap. Akhirnya saya memiliki rumah idaman saya yang hampir serupa, seiras dan mempunyai ciri-ciri seperti Condo Sri Alam iaitu Villaria Condominium. Paling best rumah saya di Villaria Condominum ini berdekatan dengan tempat kerja saya iaitu hanya mengambil masa selama 20 minit untuk ke destinasi.
|
Lantai rumah dari batu marmar dan balconi di hadapan rumah yang besar! |
|
Tingkap kayu di setiap bilik yang saya minati |
|
Balkoni di dapur yang menghadap kehijauan |
|
IM HOME! |
Comments
Post a Comment