MEMILIH


"Terima kasih Puan Nini tolong tengok-tengokkan si budak nakal Sharizan ni."

"Eh takpe, Sharizan okey cuma kena banyak belajar lagi. Saya pasti dia cepat tangkap dan jenis yang senang belajar."

"Baiklah kalau begitu, kami gerak dulu ye Puan. Assalamualaikum."

Selepas pintu bilik Pengurus Food & Baverage Prince Court Medical Center iaitu Puan Nini ditutup. Kedua-dua pensyarah dan juga penilai markah praktikal saya di sini iaitu Miss Sarina Sariman dan Miss Tasneem terus memandang tepat ke bola mata saya. Tanpa bercakap apa-apa mereka berdua memberi isyarat menggunakan gerakan hidung untuk saya terus berjalan kearah lif tanpa bercakap apa-apa. Susah untuk difahami tetapi saya memahaminya ketika itu. 

"Sharizan, awak seronok kerja di sini?" Soal Miss Sarina Sariman

"Suka Miss. Seronok!" Balas saya

"Apa yang seronoknye, Sharizan?" Tanya Miss Sarina Sariman lagi

"Oo..dapat makan free, pastu makanan di sini semua sedap-sedap Miss." balas saya sambil senyum sumbing

"Fikir makan je awak ni Sharizan." sampuk Miss Tasneem

"Haa...sepanjang dua jam lebih Puan Nini membebel tadi. Apa yang awak dapat Sharizan?" soal Miss Tasneem pula

"Oh...Puan Nini suruh saya datang minggu depan untuk mohon kerja tetap di sini, pastu dia cakap saya bagus dalam kaunseling pemakanan pesakit, saya senang bergaul dan mesra dengan staf-staf di sini. Saya tiada masalah disiplin dan masalah lewat datang kerja, dan yang paling penting saya berketerampilan dan seorang yang bersemangat." Balas saya senafas. 

Semua senyap. Hanya bunyi depar kaki orang-orang yang berjalan di koridor tempat kami bertiga berdiri menghadap satu sama lain.

"Sha..ri..zan..!" Miss Tasneem buat-buat menjerit dan menggunakan suara yg paling kecil

"Kak Ina....tengok si budak bertuah ni, dia ambil, ingat dan simpan apa yang dia nak je." Miss Tasneem separuh mengeluh dan separuh mengadu kepada Miss Sarina sambil membuat muka 'sabarjelaa' kepada saya.

Miss Sarina buat muka tak bersalah.

"Sharizan..dari pagi sampai dah nak tengahari ni kita semua ada dalam bilik Puan Nini tadi. Itu sahaja yang awak dapat?"

"Awak tidur ke tadi?"

"Awak main telefon?"

"Eeeeiii..geram saya."

"Sharizan, Puan Nini suruh awak banyak belajar lagi. Dia suruh awak mahirkan lagi tentang diet-diet Teraputik seperti low fat diet, purine diet, low cholesterol diet, high fiber diet."

"Pastu fokus dalam bekerja, pastikan semua dokumen pesakit lengkap diisi dan pastikan maklumatnya sama di dalam sistem. Jangan harapkan orang lain yang buatkan, pastikan kita yang buat sendiri dari A sampailah Z."

"Pastu dia cakap awak suka balik kerja on time dan datang kerja pun on time."

"Sharizan...tunjukkan minat sikit awak nak bekerja di sini. Takpe kalau balik lewat sikit dan datang awal kerja. Barulah boss suka."

Mata saya besar kecil dan besar kecil.

"Awak tidur dihospital haritu? Kenapa awak tidur dihospital? kenapa tak balik rumah?" Soal Miss Tasneem dengan suaranya yang halus dan kecil itu.

"Ohh..haritu lepas waktu kerja malam saya ada event blogger di KLCC, lepastu saya kena masuk shift pagi pukul 5 pulak esoknya. Jadi saya taknak lewat datang kerja, saya tidurlah dibilik staf." Balas saya sambil teringat kejadian tempoh hari.

"Oh." Balas Miss Tasneem sepatah.

Tiba-tiba Miss Sarina yang diam membatu dari tadi tiba-tiba bercakap sambil berdehem membetulkan aliran udara di trakea.

"Sedikit nasihat dari saya ye Sharizan, dalam hidup ini kita tidak boleh hanya memilih perkara-perkara yang elok, baik, cantik, positif dan sempurna sahaja untuk hadir dalam hidup kita. Tetapi kita juga kena menerima sepenuhnya, memahami seadanya dan memperbaiki segala kekurangan, kecacatan dan negativity yang hadir dalam hidup kita."

"Apa-apapun tahniah Sharizan sebab dah habis praktikal di sini. Awak student pertama kami yang praktikal di sini dan kami telah menerima maklumbalas yang memberangsangkan. We are so proud of you!" Cakap Miss Sarina Sariman dalam nada keibuan.

"Suka lah tu Sharizan. Dah jom saya belanje lunch kat kafe." Balas Miss Tasneem dalam nada kakak yang iri hati.



Sejak dari hari itu saya menjadi seorang yang lebih positif dan menerima segala perkara negetif dalam hidup saya dengan positif. 

"May my world flow like water."

 Ameen.





Comments

Popular Posts