THE CHOICE BY EDITH EGER

 

The Choice merupakan novel kedua yang berjaya saya baca, hadam dan habiskan pada tahun 2021. Novel ini merupakan novel hasil tulisan Edith Eger yang saya beli di Kinokuniya Bookstore, KLCC pada awal bulan haritu. Lebih kurang seminggu jugalah saya perlukan untuk tamatkan bacaan novel yang setebal 355 muka surat berbahasa inggeris ini. Novel ini merupakan novel yang asing bagi saya, saya membelinya bukan atas saranan kawan-kawan ataupun bukan sebab novel ini berada di rak novel-novel terlaris pada bulan ini. 

Sedang tangan saya khusyuk membelek novel-novel dirak yang saujana mata memandang itu, mata saya tertancap dan tertarik kepada bait kata yang tertera di kulit buku novel berwarna putih ini, iaitu:

"Even in hell hope can flower"

Ternyata pilihan saya adalah tepat dan novel ini wajar untuk dimiliki. The Choice merupakan buku yang saya cari selama ini serta novel yang perlu dibaca oleh saya ketika ini. Selain teknik penulisan yang santai dan mudah untuk difahami, novel ini sarat dengan untaian kata-kata semangat, disajikan dengan kisah-kisah yang memotivasikan, dijamukan dengan pengalaman sebenar penulis yang menginspirasikan dan disuapkan dengan cerita-cerita realiti yang mengilhamkan semangat positif. Novel ini adalah novel yang boleh menyembuhkan kekusutan minda, kekecewaan hati, kesengsaraan diri dan kenegatifan dengan pilihan dari diri kita sendiri. Itulah kekuatan novel The Choice.

"Celebrate your choice to dismantle the prison in your mind, brick by brick. You can't change what happened, you can't change what you did or what was done to you. But you can choose how you live now. You can choose to be free!"

Secara ringkasnya, novel ini merupakan novel biopik kehidupan sebenar Dr Edith Eger. Kisahnya digarap satu persatu dengan kemas dan tersusun sejak dari kecil, remaja, dewasa sehinggalah sekarang. Dr Edith Eger menceritakan kehidupannya ketika dia masih kecil diwaktu yang aman, damai, tenteram dan bahagia bersama ibubapanya dan dua adik beradik perempuannya di bandar Kosice, Slovakia. Kemudian kehidupannya sebagai seorang ahli gimnastik yang bakal mewakili negaranya dalam temasya Olympic ketika itu dan bertemu cinta hatinya. Kemudian kehidupan, kesengsaraan dan survivalnya ketika dia ditahan di Concentration Auschwitz Camp yang membuatkan kedua ibubapanya meninggal dunia. Kemudianya kehidupannya sebagai seorang Holocaust survivor yang berhijrah ke Amerika Syarikat. Kemudian kehidupannya sebagai seorang isteri, ibu dan juga pakar dalam Post Traumatic Stress Disorder (PTSD).



Apa yang paling menarik, penulisan Edith Eger di dalam novel ini bukan untuk membuatkan pembaca merasa simpati dan kasihan kepada penulis ataupun kejadian malang yang telah menimpa penulis dan keluarganya, tetapi penulis berkongsi pengalaman perit yang telah dilalui olehnya supaya pembaca seperti saya dapat memahami bagaimana penulis kekal hidup di dalam suasana yang sangat negatif itu. Itulah yang sangat menginspirasikan. Kawan saya pernah memberi satu kata-kata semangat kepada saya suatu ketika dahulu iaitu:

"If you can stay positive in a negative situation, you win!"



Terlalu banyak pelajaran dan pembelajaran yang boleh diambil di dalam novel ini. Selain kehebatan pilihan (the choice) yang telah dibuat oleh Edith Eger untuk terus hidup dan survive di dalam kem tahanan Auschwitz, penulis juga sebagai seorang pakar psikologi klinikal menceritakan pengalamananya memberi pelbagai kaunseling kepada pesakit-pesakit dan orang-orang yang perlukan bantuan kaunseling darinya. Ada dari kalangan askar yang mempunyai PTSD selepas pulang dari perang, individu yang mempunyai masalah pemakanan (eating disorder), individu atau pasangan yang mempunyai masalah perhubungan dan pelbagai lagi masalah yang perlukan kesembuhan (healing) dan pilihan (the choice). 

Dalam banyak-banyak quote di dalam novel ini saya paling tertarik kepada quote di bawah ini yang membuatkan saya terimbas kembali kepada perbincangan saya dengan sahabat saya ketika suatu zaman dahulu. Ketika itu saya teruk ditimpa ujian, masalah dan musibah malah saya juga sangat teruk keadaannya dari segi emosi, mental dan juga fizikal. Selepas mencurahkan segalanya, memuntahkan semuanya dan mengeluarkan apa adanya. Kawan saya dengan tenang dan tersenyum mengatakan; Sabar...time will heal.

"Time doesn't heal. It's what you do with the time. Healing is possible when we choose to take responsibility, when we choose to take risks, and finally, when we choose to release the wound, to let go of the past or the grief." -Edith Eger

"I told you Zaidi, time doesn't heal." Bisik saya dalam hati.

"...but now it's the time i choose to HEAL!" jerit saya sekuat hati.











Comments

  1. i saw this book somewhere too before this and actually thinking to get it. yeap... same.. i’m always end up beli buku if the quotes or snippet on the cover gives that impact.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts