MOOD, PERASAAN DAN EMOSI

Pagi ini pukul 0800 saya masuk ke pejabat saya seperti biasa. Tiada apa-apa yang special. Rutin hari bekerja yang normal. Cuma pukul 0900 nanti saya terlibat dengan mesyuarat. Perasaan biasa. Emosi biasa. Mood biasa. 

Ambil kunci pejabat di dalam laci kerani. Masukkan anak kunci dalam tempat kunci pintu. Pulas dua tiga kali. Pulas tombol pintu pejabat. Menapak masuk ke ruang dalam pejabat. Sorong keluar kerusi hitam kulit yang sudah usang. Duduk sambil letakkan beg galas hitam dari zaman kedet di sisi meja besar kerja saya. Keluarkan Macbook dan letakkan atas meja. Tenang.

Tiba-tiba iPhone saya berdering. Tertera di skrin telefon genggam saya nombor telefon Wisma Perwira ATM. Suara mesra dan lincah di hujung talian saya kenali. Saya dikhabarkan telah mendapat tempat letak kereta bawah tanah di tempat saya tinggal. Penantian saya selama berbulan-bulan akhirnya sampai pada titik noktah. Kereta baru saya, kesayangan saya akan terhindar dari hujan, panas, taufan, ribut, tahi burung dan debu-debu. Perasaan saya berubah. Emosi saya berubah. Mood saya berubah. Saya orang yang paling seronok, gembira dan suka ketika detik ini!

Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalahlah mood, perasaan dan emosi kita boleh berubah-ubah pada bila-bila masa. Kita mungkin sedih dipagi hari tetapi berubah menjadi gembira di petang hari. Kita mungkin tiada mood pada waktu tengah hari tetapi bersemangat di malam hari. Kita mungkin bermotivasi pada waktu ini tetapi rasa down di kemudian waktu. Kita mungkin rasa berbunga-bunga cinta sekarang tetapi boleh berubah menjadi benci sebenci-bencinya beberapa detik kemudian.

Sebagai insan yang sihat kita kena bijak, cekap dan matang untuk mengawal mood, perasaan dan emosi kita tersebut. Kita jangan biarkan mood, perasaan dan emosi mengawal tindakan, kelakuan, tingkah laku, keputusan dan cara kita berfikir. Saya tahu ini bukanlah perkara yang mudah. Lagi-lagi melibatkan perubahan mood, perasaan dan emosi yang negetif. Ianya perlukan latihan,  pengalaman dan kematangan yang total.

Selamat berjuang semua!


mood tak baik



mood baik



Comments

Popular Posts