PENDEK
Keinginan untuk melihat, berjalan, mengembara dan meneroka ke luar negara sudah ada dalam diri saya sejak dari zaman sekolah rendah lagi. Impian ini terbentuk melalui buku-buku dan novel-novel yang saya pinjam dan baca dari pusat sumber sekolah sehinggakan saya menjadi salah seorang penerima anugerah NILAM sewaktu di sekolah. Dari buku dan novel saya membina imaginasi, impian, angan-angan, cita-cita, mimpi dan akhirnya dijelmakan menjadi realiti.
Saya bukan dari keluarga yang senang. Saya selalu cemburu apabila kawan-kawan saya sewaktu di sekolah rendah mahupun sekolah menengah berkongsi dan bercerita pengalaman mereka bercuti bersama keluarga mereka di luar negara, di negeri lain, di Kuala Lumpur, di Melaka, di Pulau Pinang, di pulau-pulau, di tanah tinggi, di pantai dan di air terjun. Bapa saya bukanlah seorang yang jenis suka bercuti. Jadi saya dan adik beradik banyak menghabiskan masa dirumah dan percutian yang paling ditunggu dan paling seronok adalah di kampung kami.
Apabila saya masuk zaman universiti barulah saya berpeluang untuk merialisasikan imaginasi, impian, angan-angan, cita-cita dan mimpi saya. Dengan duit dari lebihan biasiswa, duit pinjaman pelajaran MARA, duit kerja part time selepas kelas di kedai roti, duit kerja di call center sewaktu cuti semester dan duit program-program volunteer akhirnya saya berjaya menjejakkan kaki saya di beberapa buah negara, destinasi dan tempat yang saya impikan sejak dari saya kecil lagi.
Disebabkan poket nipis, kekangan kewangan, limitasi bajet dan keperluan kewangan yang lebih penting di tempat lain, saya memilih untuk menjelmakan imaginasi, impian, angan-angan, cita-cita dan mimpi saya dengan mengembara secara backpackers dengan bajet termurah, terendah dan terkawal sekali untuk ke negara, destinasi dan tempat yang saya impikan.

Bagi saya setiap kembara saya adalah berharga, setiap destinasi kembara saya adalah berharga, setiap detik kembara saya adalah berharga, setiap wang yang digunakan untuk kembara saya adalah berharga dan setiap peluang, ruang dan tempoh yang pendek tersebut adalah sangat berharga. Sebab itulah apabila saya berpeluang untuk ke luar negara, ke negara-negara yang saya impikan, ke destinasi-destinasi yang saya mahukan, ke tempat-tempat yang saya idamkan yang dikobarkan melalui bacaan buku dan novel yang saya baca di zaman sekolah, saya akan menggunakan peluang, ruang dan tempoh yang pendek tersebut dengan sepenuhnya.
Alhamdulillah sehingga ke detik ini saya berjaya menjejakkan kaki saya ke beberapa buah negara yang saya angankan. Saya tidak pernah ragu atau menyesal dengan keputusan saya, wang ringgit yang dihabiskan dan masa yang digunakan sepanjang saya kembara. Bagi saya setiap kembara saya yang pendek tersebut pasti memberi nilai tambah kepada diri saya.

Saya percaya kehidupan ini seperti suatu kembara. Kembara yang pendek dan sangat berharga. Jadi saya perlu memaksimumkan setiap detik, saat, minit dan jam yang ada sepenuhnya!
Miskin wang tapi kaya impian.
Wellsaid..
ReplyDelete