NOTHING TO HIDE



Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menonton salah satu filem French di Netflix. Filem ini sangat asing bagi saya dan bukanlah dalam kategori filem pilihan saya untuk saya tonton. Saya menonton filem ini atas saranan sahabat saya yang beria mengatakan filem yang berdurasi selama satu jam 30 minit ini berbaloi untuk ditonton. Jadi say pun cuba!

Ternyata filem ini tidak mengecewakan dan memberi dimensi baru dalam pemikiran saya. Walaupun filem ini hanya mempunyai 6 orang pelakon, berlaku dalam tempoh satu malam sahaja dan hanya dilakonkan di dalam rumah tetapi berjaya membawa mesej yang berat berkaitan isu semasa dengan jayanya.

Filem ini tentang smartphone ataupun dalam bahasa melayunya telefon pintar. iPhone, Samsung, Huawei, Vivo dan pelbagai lagi jenis telefon pintar zaman sekarang. Semestinya pilihan saya dari dulu sampailah sekarang dan akan datang adalah iPhone. 

Tidak dapat dinafikan lagi, smartphone merupakan benda yang paling penting, rapat dan perlu dalam desakan kehidupan zaman sekarang. Smartphone merupakan rakan kita dan boleh dikatakan merupakan sahabat yang paling akrab sehinggakan pada tahun 2013 filem Her lakonan Joaquin Phoenix dan Scarlett Johansson dihasilkan mengutarakan isu bercinta dengan smartphone.

Disebabkan smartphone sangat rapat dengan kita sehinggakan ia menjadi sangat peribadi. Semua perkara, info, hal dan maklumat berkenaan diri kita ada di dalamnya. Ianya bukan lagi smartphone tetapi privatephone.

Telefon pintar kita menjadi sesuatu yang terlalu peribadi sehinggakan kita rasa ianya hanya untuk diri kita sendiri.


Comments

Popular Posts