HATI YANG KAU SAKITI - LYONDRA
Selepas berjaya curi-curi menumpang menonton drama Sad Sonata di televisyen dewan makan asrama, saya mula menjadi salah seorang peminat drama korea. Antara drama korea yang berepisod-episod dan berjam-jam itu yang telah berjaya saya khatam adalah Stairway to Heaven, Winter Sonata, Full House, My Girl, Autumn in My Heart, My Love from The Star, Goblin, The Heirs, Kill Me Heal Me, Doctor Stranger, Crush Landing on You, Descendent of The Sun, The Moon That Embrace The Sun, Boys Over Flower dan Itaewon Class. Susunan drama korea ini sengaja saya susun dari drama yang paling saya minat ke drama yang paling kurang memberangsangkan. Bukannya suka-suka saya menaipnya di sini. Ada usaha di situ.
Sedar tidak sedar, sudah 15 buah drama korea yang telah berjaya saya khatam. Dua digit bukannya satu digit ye. Kagum pada diri sendiri. Takjub pada potensi diri. Terkesima pada masa terisi. Kalaulah..ye kalaulah saya berjaya untuk khatam membaca Al-quran sebanyak 15 kali nescaya mak saya sudah awal-awal lagi sudah pergi menempah daging kerbau untuk buat kenduri doa selamat di rumah.
Tapi bagi saya drama korea adalah salah satu hiburan yang berkualiti. Kalau babak gembira kita sebagai penonton akan tertawa sekali. Kalau babak cemas, kita akan rasa jantung kita hampir gugur. Kalau adegan khianat dan jahat, kita akan rasa sakit hati yang amat. Apabila babak yang meruntun hati, kita akan sebak di dada dan apabila ada babak sedih, pasti akan turut menangis dan mengalirkan air sekali. Jikalau perasaan, emosi dan kesedihan yang ditunjukkan ikhlas dan tepat, kita akan dapat merasainya juga.
Paling terbaharu saya berjaya menonton sehingga episod terakhir dengan jayanya drama Korea terbaharu iaitu The World of Married Couple.
Comments
Post a Comment