TOXIC POSITIVITIY
"Puan, saya ni seorang yang positif ke jika saya lupakan semua perkara negetif yang berlaku pada diri saya?"
"Puan, adakah apabila kita menjadi seorang yang terlalu positif, kita sebenarnya menjadi seorang yang denial?"
"Puan, adakah kalau kita cuba memaksa diri kita untuk melupakan semua perkara yang kita anggap negetif yang sedang berlaku di dalam hidup kita, merupakan suatu tindakan yang positif?
"Puan, bolehkah seseorang itu dianggap seorang yang positif jika dia cuba memadam dan menghilangkan semua kenangan sedih, duka dan hiba yang berlaku di dalam hidupnya?
"Puan, adakah kita seorang yang positif jika kita hanya fokus kepada perkara-perkara yang positif sahaja dan abaikan perkara dan anasir negetif di dalam hidup kita?"
"Puan, boleh ke kalau kita letakkan semua kesedihan, kesakitan, kedukaan, sakit hati, patah hati, terasa hati, pedih hati, ngilu hati dan pelbagai lagi perkara dan perasaan negetif di dalam diri kita di dalam satu kotak dan buang jauh-jauh di lubuk terdalam di dalam hati. Adakah tindakan ini merupakan satu tindakan yang tepat untuk kekal positif?"
"Adakah positif dengan memaksa diri untuk menjadi seorang yang sentiasa positif?"
"Betulkah dengan menjadi seorang yang terlalu positif adalah satu tindakan yang negetif?
Persoalan-persoalan ini pernah hadir dan bermain-main difikiran saya pada suatu ketika sehinggakan saya pernah mengutarakan kekusutan ini kepada salah seorang doktor pakar psikiatri di dalam Angkatan Tentera Malaysia berkenaan isu ini ketika program 'Sihat itu Cantik'. Disebabkan perkara ini terlalu komples membuatkan pada masa itu saya tidak pandai untuk mengolah ayat yang paling ringkas, sesuai dan tepat untuk dikongsikan apa yang ada dibelakang minda saya kepada doktor pakar yang saya sudah anggap seperti kakak sendiri tersebut.
Kekusutan ini berpanjangan, berlarutan dan tidak berkesudahan sehingga membuatkan saya ragu dengan pemikiran, tindakan dan pemahaman saya tentang keseluruhan konsep untuk menjadi seorang yang positif dan kekal positif walaupun saya terkenal sebagai seorang yang positif sebelum ini. Sehinggakan saya terpaksa mencari bahan bacaan, mendengar ceramah dan talk di YouTube serta mendengar pandangan dari sahabat-sahabat rapat saya untuk mengukuhkan balik pemahaman positif yang telah saya terapkan dalam diri saya sejak dari sekolah menengah lagi.
Positive! 😎
Transparency.
ReplyDelete