LARI

Bergambar sejurus selepas tamat larian 10KM 

"Zan, macam mana kau boleh sihat macam ni?"

"Pipi ke pau tu?"

"Mana awak punya jawline?"

"Dah berapa bulan babybump tu?"

"Tuan happy ke?"

"Saya kalau badan naik macam hang ni Zan, tak tahu ler rupa macam mana."

"Eeii...Abangyag dah gemuk macam Abanguda."

Itulah antara pertanyaan dan penyataan dari insan-insan yang mengambil berat tentang berat badan dan penampilan berat baharu saya. Saya tahu dan sedar berat badan saya bertambah akhir-akhir ini, tetapi sejujurnya teman-teman, penambahan berat badan ini dirancang dan terancang. Konon-konon saya sedang melakukan eksperimen terhadap diri saya sendiri. Bagaimanakah rasanya menjadi seorang yang mempunyai berat badan yang lebih? Apakah rasanya mempunyai perut boroi kehadapan? Bagaimankah rupa saya apabila pipi membulat menggebu? Dengan eksperimen ini barulah saya boleh memahami dan menjiwai perasaan golongan ini apabila saya memberi ceramah pemakanan sihat ataupun ceramah pengurusan berat badan kelak. Cewah!

Bagi saya tidak salah untuk kita makan lebih  ataupun mempunyai berat badan yang lebih. Apa yang penting adalah kita sentiasa rasa seronok, gembira, bahagia dan ceria. Makan dan minumlah apa sahaja makanan dan minuman yang kita suka, pergilah ke restoran, gerai, kafe, kedai kopi dan kedai hipstur sekalipun. Apa yang penting adalah kita mesti tahu apa yang kita makan dan minum, makanan atau minuman apa yang layak untuk masuk ke dalam tubuh badan kita dan kumpulan makanan apakah yang perlu kita ambil banyak dan sedikit.

Tuntasnya, lagi banyak kita makan dan mentekedarah makanya lagi banyaklah kita perlu bersenam, bersukan dan berpeluh kawan-kawan!



Kehidupan ini seperti perasaan ketika kita berlari
ada masa kaki melangkah laju
ada masa rasa nak berhenti
ada masa langkah perlahan
ada masa berderap deras
ada masa tercungap-cungap
ada masa bersemangat waja
tetap langkah perlu diteruskan sampai ke penamat

Apa yang penting kita tidak lari dari kehidupan.

Comments

Popular Posts