MINYAK!
"Nasi lemak ada lagi Kak?" Sapa saya mesra sambil melihat-lihat pelbagai lauk yang terhidang di atas meja di pinggir simpang Jalan Keramat ni.
"Oo nasi lemak. Ada lagi. Nak ke?" Jawab akak tersebut sambil melontar senyuman mesra.
"Okey. Nasi lemak kacang lebih ayam goreng berempah satu bungkus kak!" Balas saya.
Selepas saya penat bertungkus-lumus mengemas, menata rias dan membersihkan rumah saya di Bukit Antarabangsa dari pagi sampailah ke petang pada hari Ahad yang lepas, saya rasa terpanggil untuk mnghadiahkan diri saya untuk makan petang Nasi Lemak Keramat yang terkenal dan viral tu. Ramai orang cakap nasi lemak tersebut sedap sampaikan sesiapa yang makan nasi lemak tersebut akan tidak sedar sudah habis nasi lemak yang dimakan. Jadi saya pun ingin mencubanya ditambah pula saya memang amat lapar akibat kehabisan tenaga mengemas, menata rias dan membersihkan rumah saya.
Malangnya kedai tersebut tutup.
Perut sudah menggigil, tangan sudah berpeluh dan dahi sudah berkeriut. Jadi saya membuat keputusan untuk mencari mana-mana gerai yang bertuah di tepi Jalan Keramat ini yang ada menjual nasi lemak untuk menghilangkan rasa kempunan nasi lemak saya daripada rasa lapar saya. Akhirnya saya jumpa gerai menjual nasi lemak yang betul-betul berada di sebelah gerai Nasi Lemak Keramat yang terkenal dan viral tersebut. Saya tak pasti akak yang menjual nasi lemak ini orang Melayu ataupun orang Aceh. Bunyi cakap macam bunda Nabila dalam Sinetron Mutiara Hati.
Akak tersebut leka membungkus nasi lemak saya. Saya pun leka memerhatikan kecekapan, ketangkasan dan kelincahan akak tersebut bekerja. Mula-mula akak tersebut menjilat hujung ibu jari kanannya dan menggunakan ibu jari yang sedikit basah denag air liur tersebut untuk mengambil kertas segi empat tepat berwarna coklat dibahagian luarnya dan berwarna aluminium berkilat dibahagian dalamnya. Kemudian akak terus melipat kertas tersebut menjadi seperti bentuk kon dan mula memasukkan semangkuk sederhana kecil nasi lemak yang masih panas berasap. Kemudian akak menukar kon kertas yang terisi nasi lemak panas di tangan kirinya pula dan tangan kanannya mula lincah memasukkan ikan bilis sejemput, kacang tanah dua jemput, telur rebut sebelah, timun tiga potong ayam goreng berempah seketul sekali rempah-rempahnya. Kemudian akak mengambil sudu dan sedia untuk memasukkan sambal tumis ke dalam kon kertas tersebut.
"Jap kak!" Separa menjerit saya kepada akak tersebut.
Malangnya sudu besar yang terisi penuh dengan minyak merah pekat dan dan sedikit sambal tumis tersebut terlebih dahulu mendarat di dalam kon kertas tersebut sebelum akak bertindakbalas terhadap separa menjerit saya.
"Ye dik. Nak sambil lebih ke?" Dengan muka yang mesra dan tidak bersalah akak bertanya separa menjerit juga kepada saya.

"Oh..takpelah kak." Balas saya dengan separa berbisik.
Sebab itulah di dalam Malaysian Dietary Guideline ataupun Panduan Pemakanan Rakyat Malaysia yang ke-13 ada menyarankan untuk kita Makan Makanan dan Minum Minuman yang Bersih dan Selamat. Saranan ini sangat-sangat menggalakkan kita untuk bijak memilih makanan dan minuman yang bakal masuk di dalam tubuh badan kita, bijak memilih sikap, etika, kebersihan, dan tingkahlaku penjual makanan dan minuman dan juga bijak memilih premis makanan yang mengamalkan penyimpanan, penyediaan, penjualan dan pembungkusan yang bersih, sihat dan selamat. Bukannya main tibai je. Bukanya main redah je. Bukannya main makan je. Semuanya berada di tangan kita. The power of hands!
Disebabkan nasi lemak saya telah menjadi nasi lemak minyak sambal tumis, jadi saya pun telah membuat keputusan untuk tidak menjamah nasi yang bergenang dengan minyak tersebut. Disebabkan sudah beli dan sudah membayar lapan ringgit, saya pun tidak mahu membazir jadi tepaksalah terkulat-kulat mengutip satu persatu ikan bilis, kacang tanah, telur rebus, timun dan ayam goreng berempah untuk dimakan mengisi kelaparan perut dan ketepikan nasi yang berminyak tersebut.

Kempunan saya nak makan Nasi Lemak Ayam Berempah pada hari itu.
Comments
Post a Comment