PAKCIK LEJEN 1
Sedang saya leka menikmati pemandangan yang menyejukkan mata dari pokok-pokok hijau dan segar di luar cafe dari celahan tingkap bersebelahan tempat duduk saya, sambil menghirup perlahan-lahan latte panas yang kini sudah menjadi semakin suam-suam kuku dan sambil saya membiarkan kenangan manis saya menikmati latte panas dalam musim dingin ketika saya di Edirne, Turki bermain dan menerpa di minda saya sehingga membuatkan saya leka dan tersenyum kesorangan, tiba-tiba saya terdengar suara seseorang memekik dalam nada yang sederhana dan memecahkan keharmonian dan ketenangan petang di RGB Coffee at The Bee Hive cafe.
"Kepada pemilik kenderaan Myvi putih bernombor pendaftaran ZAN 1403, sila ubah kenderaan anda ke petak parking yang disediakan." Separa menjerit waiter cafe tersebut dalam ulangan tiga kali.
"Aduh. Ada orang nak masuk rumah tu ke?" mengeluh saya dalam hati sambil mengingat kembali tempat saya parking kereta yang betul-betul di hadapan pagar rumah yang penuh semak samun, daun kering membusut tinggi dengan papan tanda 'rumah untuk dijual' tergantung lesu di pagar yang berkarat dan penuh dengan pokok menjalar.
"Diulang sekali lagi, kepada pemilik kereta tersebut sila ubah kereta anda sekarang." kali ini dengan nada yang lebih tegas.
Dengan lesu dan malas saya menolak perlahan-lahan kerusi besi zaman seniman P. Ramlee yang berwarna hijau turquoise yang sudah panas tempat duduknya akibat penyerapan haba yang bagus. Tanpa banyak bicara saya pun terus bangkit, mengambil kunci kereta dan wallet dan terus menapak perlahan-lahan menuju ke arah ruang tengah cafe tersebut. Saya tinggalkan novel dan cawan yang masih terisi separuh penuh latte suam saya di meja bernombor 21 sebagai bukti yang saya akan kembali semula.
"Kau takde tempat lain nak letak kereta ke?"
"Huh..?!"
bersambung....
Comments
Post a Comment