FILEM REVIEW: BIRD BOX


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menonton filem Bird Box di Netflix. Tarikan utama saya untuk menonton filem ini adalah kerana filem ini dibintangi oleh pelakon hebat kesukaan saya iaitu Sandra Bullock dan Sarah Paulsen (walaupun hanya berlakon lebih kurang 15 minit sahaja diawal filem ini)

Filem yang berdurasi selama dua jam empat minit ini mengisahkan tentang malapetaka yang terjadi kepada penduduk bumi apabila didatangi "sesuatu" yang boleh mempengaruhi minda dan kewarasan mereka untuk membunuh diri mereka sendiri apabila mereka melihat "sesuatu" ini. Untuk terus hidup, mereka perlu menutup mata mereka dan mengelak daripada melihat "sesuatu" ini. Di dalam filem ini tidak dinyatakan "sesuatu" ini adalah makhluk asing ataupun tenaga mistik. Ianya menjadi misteri sehingga detik ini.


Diawal filem ini menceritakan tentang kehidupan yang terpaksa mereka tempuhi selepas kehadiran "sesuatu". Kepayahan dan kesusahan untuk meneruskan kehidupan. Keterpaksaan hidup dalam ketakutan dan kegelapan. Bekalan makanan yang terhad. Mereka terpaksa untuk menutup mata dan memakai penutup mata untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Ramai manusia yang telah mati akibat melihat "sesuatu", yang tinggal hanyalah survival yang berjaya menahan dan mengelak diri mereka daripada melihat "sesuatu". Tetapi ada di kalangan manusia survival ini yang memilih untuk melihat "sesuatu" ini dan memaksa manusia lain untuk melihat juga.





Comments

Popular Posts