FILEM REVIEW: CONFESSION OF A CALL GIRL
Assalamualaikum semua. Baru-baru ini saya berkesempatan untuk mengisi masa lapang saya dengan menonton filem Confession of A Brazilian Call Girl di Netflix. Pada mulanya saya ingatkan filem ini hanya bermutu murah dan mempunyai pengisian yang ringan rupa-rupanya saya silap. Terima kasih kepada sahabat saya yang baik hati berkongsi akaun Netflix beliau dengan saya sehingga saya boleh menonton banyak filem-filem arus perdana dan filem-filem berkualiti dari negara-negara lain seperti filem ini.
Filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar kolej yang ingin lari dari kehidupan normal, ingin hidup sendiri, ingin mempunyai pendapatan yang lumayan dan mencari arah dan pengalaman hidup. Akhirnya Raquel yang dilakonkan oleh pelakon cantik Deborah Secco memilih untuk menjadi seorang "Call Girl" ataupun pelacur dalam Bahasa Melayu. Filem ini diadaptasi dari novel The Scorpion's Sweet Venom: The Diary of a Brazilian Call Girl yang di tulis oleh Raquel Pacheco.
Akhirnya, Raquel telah mendaftar untuk menjadi seorang pelacur di salah sebuah agensi pelacuran selepas lari dari rumah keluarga angkatnya. Disebabkan Raqueal masih muda, bertenaga, cantik dan berperwatakan menarik, Raquel menjadi rebutan, kesukaan dan kegemaran pelanggan yang datang di pusat pelacuran tersebut. Raquel menjadi pelacur yang mendapat pendapatan tertinggi dan dikenali sebagai Bruna!
Apa yang menariknya, Bruna telah menulis dan berkongsi diari hidupnya sebagai seorang pelacur di dalam blognya bernama Bruna Surfistinha yang bermaksud Little Surfer Bruna. Tanpa disangka-sangka blog Bruna mendapat sambutan yang hebat dan ramai orang ingin membaca kisah dan aktiviti harian Bruna sebagai seorang pelacur di blognya. Sehinggakan Bruna di jemput sebagai tetamu jemputan dalam program bual bicara dan mempunyai pengikutnya sendiri. Disebabkan populariti blog itu, Bruna telah menjadi pelacur kelas atasan, Bruna telah membuka pusat pelacuran sendiri, mengenakan bayaran yang lebih tinggi dan membuktikan kepada keluarga, rakan-rakan kolejnya dan orang ramai bahawa dia juga boleh berjaya seperti orang lain.
Filem ini mungkin memaparkan sisi positif kehidupan sebagai seorang Bruna. Mungkin budaya ini boleh diterima di negara barat tapi semestinya tidak bagi kita yang berbudaya timur.
Comments
Post a Comment