FILEM REVIEW: PAPILLON

Assalamualaikum semua! Apa khabar? Khaifahaluka? Sudah lama saya tidak mengemaskini blog saya. Alhamdulillah baru-baru ini saya telah bekesempatan untuk mengerjakan ibadah umrah jadi saya lebih fokuskan dan lebihkan masa saya untuk beribadat daripada bermedia social dalam dua minggu ini.

Pada kali ini saya ingin menceritakan dan berkongsi dengan semua tentang filem yang hebat dan wajar ditonton oleh semua orang iaitu Papillon. Untuk makluman semua, saya bekesempatan untuk menonton filem Papillon ini semasa dalam perjalanan dari KLIA ke Madinah menggunakan Saudi Airlines. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 8 jam 30 minit itu terisi dengan menonton beberapa buah filem yang hebat dan terbaharu. Syok!

Filem Papillon ini merupakan filem yang telah  diadaptasi dari sebuah novel dan penulis  novel tersebut telah menceritakan dan berkongsi  pengalaman hidupnya semasa menjadi tahanan secara terperinci dan menarik sehingga novel tersebut menjadi salah sebuah novel yang popular pada suatu masa dahulu.


Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Charlie Hunnam yang telah berlakon di dalam filem King Arthur dan Pacific Rim dan telah membawa watak Hanry Papillon Cherrier di dalam filem ini dan pelakon Rami Malik yang telah  melakonkan watak Freddy Mercury dengan jayanya  di dalam filem  Bohemian Rhapsody memegang watak Louis Dega di dalam filem ini. Filem Papillon yang diterbitkan pada tahun 2017 merupakan adaptasi sepenuhnya daripada filem Papillon 1973.



Pada awalnya saya berminat untuk menonton filem ini adalah kerana filem ini membariskan pelakom-pelakon yang saya kenal dan telah membuktikan sebagai seorang pelakon yang hebat, berstail dan berkesan di dalam filem-filem yang lain. Jadi Saya telah memilih untuk menonton filem ini walaupun saya tidak pernah tahu kewujudan filem Papillon ini. 





Comments

Popular Posts