DIRGAHAYU OH TANAH AIRKU


Assalamualaikum semua. Baru-baru ini kita baru sahaja menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62 tahun selepas diberi kemerdekaan oleh penjajah atau pemerintah British yang berada di Tanah Melayu pada masa dahulu. Alhamdulillah keamanan, kesejahteraan, keharmonian dan kestabilan Malaysia masih kekal sampai sekarang. 

Pada tahun ini saya berkesempatan untuk menyambut Hari Kemerdekaan dan menanti detik 12 malam di hadapan bangunan pencakar langit kebanggaan saya dan juga semua rakyat Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas ataupun KLCC. Saya dan rakan saya iaitu si hitam manis Effa Rizal merempit meredah lautan manusia yang sudah ramai berkumpul sejak awal lagi di kaki lima, di jalan utama, di pembahagi jalan dengan pebagai ragam dan jenis. Ada yang bertanjak, ada yang memakai songkok, ada yang memakai tudung bercorak bendera, ada yang mengibarkan jalur gemilang di kereta, motorsikal, basikal dan di bahu. Bersemangat sekali rakyat melayu meraikan acara tahunan ini dan saya salah seorang dari ribuan ini.


Sepanjang bulan kemerdekaan ini, lagu-lagu patriotik banyak terpasang di corong-corong radio. Saya amat menyokong usaha murni ini bagi menyuntik semangat kenegaraan dan patriotisma dalam kalangan masyarakat malaysia. Sambil-sambil meredah jem boleh lah menyanyi sekali lagu-lagu patriotik yang diputarkan seperti Warisan, Keranamu Malaysia, Standing in The Eyes of The World, Jalur Gemilang, Bahtera Merdeka, Satu Suara, Tanggal 31, Sejahtera Malaysia dan banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak lagu yang di mainkan saya amat tertarik dengan lagu Dirgahayu Tanah Airku nyanyian Liza Hanim. Sudah lama saya tidak mendengar lagu tersebut dan pada tahun ini lagu ini dimainkan semua. Menggamit kenangan zaman kanak-kanak saya. 



Selepas melihat pertunjukan bunga api ketika detik jam 12 di KLCC saya dan rakan saya bergegas ke Dataran Merdeka untuk melihat ragam, kerenah dan keletah manusia di sana.



Comments

Popular Posts