FILEM REVIEW: 15:17 PARIS

Assalamualaikum semua. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menonton filem yang diambil dari cerita sebenar ataupun dalam erti kata yang lain cerita ini benar-benar berlaku didunia yang nyata. Saya pun kurang pasti kenapa akhir-akhir ini saya lebih kerap memilih untuk menonton filem-filem yang bercorak begini. Based on true event. Real life story. Historical. Autobiography. Bagi saya selain dapat menghabiskan masa saya dengan berhibur menonton filem-filem ini, saya juga dapat membuka horizon minda saya, mencapah corak pemikiran saya dan mengutip pengalaman, episod dan frasa kehidupan orang lain yang boleh dijadikan ikutan, tauladan dan sempadan dalam hidup saya. Insyaauloh!



"My name is Anthony Sadler. You're probably wondering why a brother like me is hanging out with these two crackers. But trust me, they're my two closest friends. Let me introduce you. This is Alek Skarlatos, the robot. He's a strong guy. He'll always have your back whenever you're in trouble. And this is Spencer Stone. You don't have to worry about him having your back in trouble because I'm sure he'll find it first. Seems like the three of us have been gettin' each other in trouble ever since middle school. But let me take you back and show you how it all began..."



Berbalik kepada filem ini. Ia mengisahkan tentang liku-liku kehidupan dan persahabat tiga manusia hebat ini iaitu Alex Skarlatos, Anthony Sadler dan Spancer Stone yang mempunyai  cita-cita, impian dan mimpi yang dikongsi bersama semenjak dari kecil lagi untuk menjadi seorang anggota tentera yang berbakti kepada negara, masyarakat dan keluarga. Akhirnya ketiga-tiga mereka berjaya menjadi seorang anggota tentera dan telah ditempatkan untuk berkhidmat di kem yang berlainan. Apa yang menariknya ketiga-tiga pelakon utama di dalam filem ini telah dilakonkan sendiri oleh hero semasa kejadian sebenar berlaku!

Pada mulanya mereka bertiga merancang untuk menghabiskan masa cuti mereka untuk mengembara secara backpacking di negara-negara eropah selain untuk bertemu semula selepas sekian lama berpisah tetapi mereka telah ditakdirkan untuk menghadapi situasi yang amat mencemaskan apabila keretapi yang dinaiki mereka untuk ke Paris telah diserang oleh pengganas yang bersenjata. 



Berbekalkan ilmu mempertahankan diri ketika di dalam akademi tentera, ingin mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan berbakti kepada masyarakat, mereka bertiga dengan beraninya telah membuat keputusan untuk menyekat tindakan pengganas tersebut dan akhirnya telah berjaya menewaskan pengganas bersenjata tersebut dan menyelamatkan 500 orang penumpang di dalam keretapi tersebut daripada bahaya. 

Akibat daripada keberanian tersebut mereka bertiga telah dikurniakan pingat keberanian oleh kerajaan Perancis dan telah dijemput untuk bertemu dengan Barack Obama Presiden USA ketika itu dan juga telah dijemput di pelbagai rancangan bual bicara untuk berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi detik-detik cemas tersebut. 

Semestinya tindakan dan keputusan yang telah diambil oleh ketiga-tiga hero ini wajar dipuji, dihargai dan dijadikan contoh kepada orang lain. Terima kasih dan tahniah kepada Clint Eastwood iaitu produser dan juga pengarah yang telah menghasilkan filem ini untuk tontonan umum dan boleh dijadikan salah satu filem yang ditayangkan di sekolah-sekolah sebagai medium pelajaran selain filem Julia dan Sarjan Hassan.


Comments

Popular Posts