FILEM REVIEW: NANG NAK


Assalamualaikum semua. Mesti ramai yang terkejut bila saya katakan yang saya baru sahaja menonton filem Nang Nak baru-baru ini. Yup! itulah faktanya. Filem popular dari negara Gajah Putih ini baru sahaja saya tonton pada hari Jumaat yang lepas semasa cuti Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sewajarnya filem ini popular, menjadi kegilaan dan mendapat sambutan yang hangat dari orang ramai sehinggakan menjadi bualan hangat rakyat Malaysia suatu masa dahulu. Bagi saya filem Nang Nak ini sangat menarik dan wajar ditonton oleh semua pecinta filem. 

Pada mulanya saya menyangka filem Nang Nak ini sama seperti filem-filem seram yang lain dari negara Thailand yang sarat dengan sihir, dukun, ilmu hitam, santau, patung-patung sembahan, kuil, sami dan hantu-hantu yang menakutkan, tetapi rupa-rupanya sangkaan saya meleset sama sekali. Filem Nang nak merupakan filem seram pertama yang saya tonton yang telah membuatkan saya sebak dan hampir menitiskan air mata ataupun mata berair. 

Filem ini mengisahkan tentang perjuangan seorang hantu untuk terus kekal tinggal bersama suaminya yang di cintainya di dunia ini. Pelbagai cara yang dilakukan dan telah dilakukan oleh si isteri yang telah menjadi hantu untuk mengelak dari suaminya daripada menyedari dirinya telah menjadi hantu dan mencuba untuk mewujudkan persekitaran yang paling normal untuk mengelakkan si suami yang di cintainya itu daripada menyedari dirinya telah mati dan telah menjadi hantu. Semua usaha yang dilakukan oleh hantu ini adalah kerana cinta yang menebal,hakiki, sejati dan tiada batasnya terhadap suaminya. Frasa "Aku cinta padamu sehingga akhir hayat" boleh ditukar kepada "Aku cinta padamu sehingga menjadi hantu".




Comments

Popular Posts