ANA FLIGHT

Saya menikmati keempukan kerusi kelas bisnes ANA Airlines.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menghadiri majlis pelancaran Business Class All Nippon Airways (ANA) Airlines. Majlis ini diadakan di Shangrila Hotel, Kuala Lumpur. Majlis yang ringkas dan tertutup ini hanya dihadiri oleh tetamu jemputan, media dan blogger yang dijemput khas sahaja. 

Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pihak media dan orang ramai tentang teknologi terbaharu, keistimewaan, kelebihan dan kemudahan yang disediakan di tempat duduk penumpang kelas bisnes di ANA Airlines. Apa yang menariknya, pihak ANA Airlines telah membawa set tempat duduk kelas bisnes yang sebenar semasa majlis pelancaran ini bagi membolehkan semua tetamu yang hadir merasai sendiri pengalaman ini. Semestinya saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba duduk di tempat duduk kelas bisnes yang istimewa ini!


Set tempat duduk kelas bisnes yang sebenar di bawa ke majlis pelancaran.

Kerusi yang boleh di tukar posisi dan diubah kedudukannya sehingga 180'

Salah seorang peramugari ANA Airlines yang sangat mesra dan peramah

Pakaian seragam yang kemas dan menarik digunakan untuk semua peramugari ANA Airlines.

Selain boleh merasai sendiri tempat duduk kelas bisnes ANA Airlines, kami juga telah dihidangkan dengan makanan yang enak lagi lazat yang juga merupakan makanan dan menu sebenar yang akan dihidangkan di dalam pesawat ANA Airlines kelas bisnes. Boleh dikatakan semua makanan yang disediakan sedap-sedap belaka dan mengenyangkan perut yang lapar ini. Pelbagai jenis sushi dan sashimi yang segar lagi sedap makanan istimewa dari negara matahari terbit ini dihidangkan. 

Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan goodie bag yang istimewa kepada semua tetamu yang hadir. Kami semua telah diberi satu set alat penjagaan diri yang terdiri daripada pelembab bibir, spray penyegar muka, losyen tangan, stokin dan penutup mata yang merupakan cenderahati yang diberikan kepada setiap penumpang kelas bisnes ANA Airlines. Seronok!


Domostrasi penyediaan makanan kelas bisnes ANA Airlines oleh chef.

Makanan yang dihidangkan di dalam pesawat ANA Airlines kelas bisnes.

Comments

Popular Posts