FILEM REVIEW: UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL
SAYA DI MAJLIS SIDANG MEDIA FILEM UPIN & IPIN: KERIS SIAMANG TUNGGAL |
Kembar animasi no.1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh tiga pengarah muda berbakat iaitu Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin dan Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Ruzi dan Ernie Zakri. Upin & ipin: KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermua 21 Mac 2019.
Malam Gala filem Upin & Ipin: KERIS SIAMANG TUNGGAL yang telah saya hadiri dan diadakan di GSC Mid Valley telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, YB Dr Mazlee Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara, para kariawan industri, pihak media dan juga blogger.
Persembahan mantap oleh Ernie Zakri menyanyikan lagu "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Ruzi menyanykian lagu "Keris Sakti" menghiburkan peminat sebelum pelancaran malam gala ini yang dirasmikan oleh Yb Dr Mazlee. Kedua-dua lagu ini adalah OST bagi filem Upin & Ipin: KERIS SIAMANG TUNGGAL. Untuk pengetahuan semua, skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague.
Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan. Oleh itu, diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa yang lain. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontongan sekeluarga, ini kerana siri Upin &Ipin sendiri diminati oleh kanan-kanak, ibu bapa, sehingglah atok dan nenek dikampung.
Filem Upin & Ipin: KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin & Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama 'Inderaloka". Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanan-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu. Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah. JOM SEMUA SUPPORT INDUSTRI TEMPATAN!
Watak-watak penting di dalam filem ini:
Comments
Post a Comment