VIRTUAL REALITY @ KUALA LUMPUR EXPERINCE



BERSEDIA UNTUK BERJUANG DI VIRTUAL REALITY

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah pada hari Ahad yang lepas 19 Mei 2019 saya berkesempatan  merasai pengalaman baru dalam diri saya iaitu pengalaman bermain permainan game virtual reality di VR Lab Publika. Pengalaman yang julung-julung kali ini benar-benar memberi perspektif baru dalam hidup saya dan membuka minda saya dan membuat saya terfikir betapa canggihnya teknologi sekarang. 

Untuk pengtahuan semua, VR Lab ini terletak di A4-G1-07, Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 2 pagi! Jadi kepada semua peminat virtual reality game anda boleh bermain dari pagi ke pagi.

Sebagai seorang yang noob tentang permainan game saya memang tidak tahu langsung berkenaan virtual reality game ini. Tetapi demi menyahut jemputan sahabat blogger saya iaitu saudara Hans saya pun bersetuju untuk menggunakan masa cuti hujung minggu yang sangat berharga dari jam 2 hingga 4 petang di VR Lab Publika.

Sampai-sampai di VRLab Publika kami telah disambut oleh gadis manis Miss Chrisy yang tidak jemu-jemu memberi penerangan tentang permainan VR ini. Terdapat lebih kurang 150 jenis permainan VR yang ada di sini dan kami dibenarkan untuk mencuba kesemua permainan yang ada!

Kalau semua nak tahu, Virtual Reality game ini adalah permainan yang sangat istimewa kerana permainan ini akan membawa kita masuk ke dalam game itu! Kita akan berada di dunia lain, dunia game yang kita pilih seperti di dalam filem Avatar. Kita boleh melihat, merasai dan bertindak balas berdasarkan permainan yang kita pilih. Menarik bukan? Jadi, bagi siapa-siapa yang ingin merasa pengalaman ini bolehlah ke VRLab Publika. 

Sememangnya 2 jam yang diperuntukkan oleh pihak penganjur untuk merasai VR game ini tidak mencukupi. Sedar-sedar jam sudah menginjak ke pukul 5 petang dan kami belum puas bermain VR game ini. Saya berkesempatan untuk mencuba beberapa permainan pada petang itu, antara permainan yang paling saya suka ialah Zombie. Permainan ini sangat menakutkan dan mencemaskan kerana kita akan dibawa ke lokasi sebenar zombie itu berada dan perlu membunuh zombie-zombie itu dengan setangkas mungkin jika tidak mahu kita dimakan zombie. Selain itu saya mencuba permainan Roller Coaster, Planked, Music Dance, Fruit Ninja dan Lipas Gergasi.

Secara keseluruhan, VR Lab menyediakan tempat yang sangat selesa dan kondusif untuk pengunjung dan peminat tegar VR untuk bermain permainan VR di sini. Datanglah bramai-ramai!


TENGAH BERAKSI MEMBUNUH ZOMBIE

RAKAN-RAKAN BLOGGER YANG HADIR

ANAK PAK HAMID




Comments

Popular Posts