ASAS

Assalamualaikum semua.

Pada hari Ahad yang lepas saya berkesempatan untuk mengunjungi Johor Premium Outlet (JPO) di Johor Baharu. Selepas pusing dan pusing dan pusing sampai kaki jadi lenguh, jadi saya pun membuat keputusan untuk berehat sebentar sambil menghirup Caramel Macchiato panas, saiz Venti di Starbuck Café di sana.

Sambil berehat-rehat mengendurkan Gastroenemius, Soleus dan Achilles Tendon saya pun membuka YouTube di iPhone saya untuk mengisi masa lapang yang ada. Dalam banyak-banyak video, saya tertarik untuk  menonton video Gigi & Bella Hadid Before They Were Star.

Video yang berdurasi lebih kurang 13 minit itu mengisahkan tentang kehidupan Gigi & Bella Hadid sebelum mereka menjadi seorang supermodel yang berjaya. Mereka berdua dibesarkan oleh emaknya iaitu Yolanda Hadid yang merupakan seorang bekas model dan personality tv.

Apa yang menarik perhatian saya dan membuat saya termenung seketika selepas menonton video tersebut ialah apabila Yolanda Hadid bercakap mengenai asas. Asas ataupun dalam Bahasa Inggerisnya ground, basis atau foundation. Beliau berkata beliau sangat yakin dan merelakan sepenuh hati tanpa ragu-ragu untuk Gigi & Bella Hadid tinggal jauh darinya di kota metropolitan New York untuk mengembangkan karier mereka di sana kerana dia yakin dia telah memberikan asas yang secukupnya dan sempurna kepada anak-anaknya. Asas sebagai seorang manusia yang matang.



Apakah asas hidup kita? Apakah perkara paling asas dalam hidup kita? Apakah asas kita? Asas?





Comments

Popular Posts