FOOD REVIEW: NOOK , ALOFT KUALA LUMPUR





Assalamualaikum semua. Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Restoran Nook@Aloft Kuala Lumpur Sentral menyajikan hidangan yang sensasi lagi lazat bertemakan makanan Tradisi Ala Kampung Indonesia dan Malaysia. Bufey Ramadan Jom Buka @ Nook Selera Indonesia berharga RM138 untuk dewasa dan bufey ini bermula dari 7 Mei - 3 Jun 19 dari jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam.

Sebanyak 150 juadah yang akan disediakan oleh chef-chef yang berpengalaman lagi berkemahiran kepada semua tetamu yang hadir dan membuat pilihan yang bijak dengan memilih Restoran Nook sebagai tempat untuk berbuka puasa di bulan Ramadan pada tahun ini. Semestinya semua juadah yang disediakan sedap-sedap belaka malah berkhasiat untuk dimakan. Tema bufet selera Indonesia pada tahun ini telah diketuai oleh Sous Chef, Ahmad Zaki Harun dan Junior Sous Chef, Muhammad hafiz Izham.

Antara hidangan yang utama yang disediakan adalah Kambing Bakar Bumbu, Bakso, Gerai Nasi Ayam, Ayam Cabe Ijo, Tempeh Goreng Berempah dan Ikan Bumbu Berempah. Selain itu, juadah pembuka selera dan salad seperti Gado-gado, Urap Sayur, Rojak Ureg Indonesia, Pecal Kangkung, Cilok dengan Kuah kacang dan pelbagai jenis Kerupuk juga disediakan sepanjang bufey ramadan ini berlangsung.

Menu utama unutk ramadan bufet pada kali ini adalah Daging Sapi Gongso dan sememangnya menu ini adalah menu yang paling sedap dan mendapat sambutan yang paling menggalakkan di kalangan pengunjung. Daging sapi ini telah diperap semalaman dengan kicap manis special Indonesia, cili merah, dan pelbagai campuran rempah ratus seperti kulit kayu manis, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih.

Pelbagai pilihan sambal dan Kari Indonesia juga disediakan seperti Sambal Matah, Sambal Cabe Ijo, Sambal Terasi, Sambal Bawang, Gulai Ayam Padang, Gulai Daging Tetel, Gulai Masak Lemak Nangka akan dihidangkan dengan pelbagai pilihan nasi seperti Nasi Kebuli, Nasi Sagung Madura dan Nasi Kuning.

Pilihan makanan Malaysia juga tidak dilupakan dan wajib dicuba seperti Bubur Lambuk, Sup Berempah, Murtabak dan juga Sate.

Juadah berbuka pada kali ini juga disajikan dengan masakan dari China, India dan masakan barat seperti Ketam Kam Heong, Stir Fried Black Pepper Beef, Szechuan Style Bean Curd with Minched Chicken, Lamb Vindaloo, Gosh Badami Kurma, Spicy Mutton Masala, pelbagai jenis piza, Jade Fish Picatta, Vegetable Lasagna, Pan Seared Fish Fillet dan pelbagai lagi.

Tidak akan lengkap juadah bufey kita tanpa pemanis mulut. Pelbagai juadah pemanis mulut dari Indonesia, Malaysia dan barat disediakan seperti Kuih Lapis Bandung, Kolang Kaling, Bubur Sumsum, Sago Air Gula, Kolak Ubi, Tapai Ubi, Bubur Pulut Hitam, Chocolate Brownies, Apple Crumble, Banana Bread, Butter Pudding, ABC, Lemon Meringue Pie, Strawberry Mousse Cheese Cake, Trio Chocolate Mousse Cake, Fruits Berries Tart dan pelabagai lagi.

Tidak dilupakan pelbagai jenis air yang disediakan di sini seperti Air Tebu, Air Sirap Bandung, Air Kurma, Teh Tarik, Nescafe Tarik dan Kopi Hang Tuah. 

Untuk membuat sebarang tempahan dan mengetahu dengan lebih lanjut berkenaan bufey ini bolehlah menghubungi 03-2723 1188.





Comments

Popular Posts