HAPPY OLD YEAR
Dahulu semasa saya di asrama, ada seorang senior yang agak rapat dengan saya telah bertanya kepada saya "Shah, apakah benda yang paling setia di dalam dunia ini?"
Selepas berfikir-fikir dan menimbang-nimbang saya menjawab dengan sambil lewa "Jam kan?"
Senior saya memintas jawapan saya dengan pantas "Salah! Jawapan yang sebenar adalah jantung."
Kemudian giliran saya pula untuk bertanya kepada senior saya pula "Dalam banyak-banyak perkara, perkara apakah yang paling sukar untuk kita buang dan lupakan?"
Senior saya menjawab senafas "Kenangan."
Yup, saya baru sahaja habis menonton di Netflix filem hebat dari negara gajah putih yang menceritakan tentang kenangan. Filem yang penuh dengan makna tersurat dan tersirat, memerlukan penghayatan yang tinggi dan memaparkan sisi sebenar kehidupan di dalam sesebuah keluarga dan juga individu.
Filem ini mengisahkan tentang Jean yang baru sahaja habis belajar seni hiasan dalaman (Interior Designer) di Sweden. Disebabkan Jean sukakan konsep minimalist seperti yang dia belajar di Sweden dan banyak dipraktikkan oleh orang Sweden di rumah, pejabat, sekolah dan juga cafe menyebabkan Jean cuba untuk membuat perubahan di rumahnya juga di Bangkok. Jean juga meminati Marie Kondo yang terkenal dengan rancangan 'Tidying Up with Marie Kondo' di Netflix yang menggalakkan peminat dan para penonton rancangannya untuk membuang semua barang-barang di dalam rumah yang tidak memberi kegembiraan kepada pemiliknya. Disebabkan oleh itu, Jean telah bertekad dan bersemangat untuk membuang semua barang-barang di dalam rumahnya yang juga diduduki oleh mak dan adik lelakinya.
Malangnya semua barang-barang yang ada di rumahnya telah membawa Jean kepada kenangan dia bersama ayahnya (yang telah tinggalkan keluarga Jean) dan juga kenangan Jean bersama bekas teman lelakinya (yang telah Jean tinggalkan).

Sedih. Perasaan roller-coaster. Emosi
Demi untuk terus kehadapan (move on) dari kenangan silam diantara Jean dengan ayahnya dan Jean dengan teman lelakinya, Jean terpaksa untuk menjadi seorang yang berhati kering (cold-hearted) dan seorang yang tidak mempunyai hati (heartless) dengan membuang dan menjual semua barang-barang di dalam rumahnya. Walaupun Jean mendapat tentangan yang hebat dari maknya yang masih mengharap suatu hari nanti ayahnya pasti akan kembali semula di rumah itu dan tentangan dari sahabat baiknya yang memberi keraguan kepada Jean tentang cintanya kepada bekas teman lelakinya. Jean tetap meneruskan hasratnya demi untuk move on dan menjadikan rumahnya minimalist.

Dahulu saya merupakan seorang yang jenis suka simpan barang (Hoarder). Bagi saya setiap barang punyai kenangan. Bagi saya setiap barang saya punyai nilai sentimental yang tersendiri. Bagi saya semua barang saya adalah bernilai. Bagi saya semua barang saya adalah berharga. Tapi tidak lagi. Saya mula berlajar untuk buang barang dan saya jadi suka untuk buang barang. Lagi-lagi jika saya tahu barang tersebut langsung tidak bernilai dan tidak memberi nilai apa-apa lagi di dalam hidup saya. Sampah. #teamJean
Diakhir cerita ini, Jean telah berjaya membuang semua barang-barang di dalam rumahnya. Jean telah memulangkan semua barang-barang milik atau kepunyaan kawan-kawan dia dan juga bekas teman lelakinya. Rumah Jean sudah kosong dan menjadi minimalist seperti yang diidamkannya. Jean kaku.
Persoalannya adakah dengan membuang semua barang-barang tersebut boleh membuang semua kenangan dan kekusutan hati Jean atau kita?
Boleh ke?

Comments
Post a Comment