LONELY SAILING
0900H
"Kak nak tempah kek sempat lagi ke?"
"Saya jumpa nombor telefon kak kat internet."
"Jenuh saya google, kedai kek lain semua tutup!"
"Mintak tolong tulis HAPPY BIRTHDAY besar-besar atas kek boleh kak?"
"Harga berapa kak?"
"Discount takde ke kak?"
"Harga-harga student ke?"
"Kak nak minta tolong delivery sekali boleh?"
"Dalam pukul 3 petang okey kot. Harap-harap dia dah habis kelas."
"Okey terima kasih kak!"
"Jap kak..kalau nak minta tolong ambil gambar atau buat video masa delivery nanti boleh?"
"Apa? ada cas tambahan?"
"Pandai juga kak buat lawak ye."
"Ok on!"
"Terima kasih banyak-banyak kak. Duit saya dah bank in."
"Nanti jangan bagitahu saya yang bagi kek tu kak. SURPRISE!"
.................................................................................................................................................
1450H
"I want to let you go"
"I hope i can still be your friend."
.................................................................................................................................................
1507H
"Dik akak dah sampai tempat nak hantar kek ni."
"Kak dah kasi dah kek birthday special ni pada orangnya."
"Ni kak send gambar dan video yang sempat kak ambil."
"Terima kasih dik. Nanti order lah lagi ye."
...............................................................................................................................................
SURPRISE!
Comments
Post a Comment