SELAMAT HARI IBU, MAK!




Inilah mak saya. TARAA..!!! Eh bukan! Ini Mak Iti. Jap saya cari gambar terbaik mak saya. Mak saya ni seorang yang pemalu orangnya. Sangat pemalu seperti anaknya juga. Jarang sekali nak bergambar, kena ajak betul-betul atau kena pada masanya barulah mak saya mahu bergambar. Jikalau bergambar pun mak saya selalu tutup mata. Tidak tahulah tertutup ataupun saja tutup mata atau tutup mata sebab silau dengan cahaya kamera ataupun itu adalah gaya tersendiri mak saya ataupun mengantuk sangat barangkali. Walaupun mak saya tutup mata atau pejam mata di dalam hampir setiap gambar keluarga kami tidak kira ketika hari raya, ketika sambutan hari lahir, ketika sambutan hari ibu ataupun ketika saja-saja bergambar beramai-ramai, mak saya tetap cantik dan comel dimata kami semua.

Mak saya bukannya seorang yang suka bergaya, bukannya jenis seorang yang teruja untuk bergambar, bukannya jenis yang suka berposing di depan kamera apatah lagi menghabiskan masa berjam-jam untuk berhias, berdandan, bermake-up, memakai pemerah bibir yang bersinar-sinar dan pemerah pipi berbentuk bulat di pipi. Mak saya mengamalkan prinsip 3S seperti saya juga iaitu Simple, Senang dan Segera.

Walaupun mak saya jenis macam itu tetapi setiap kali bergambar kami akan pastikan mak ada sekali di dalam setiap gambar kerana tanpa mak di dalam gambar seperti makan nasi tidak berkuah, minum kopi tiada cawan, buat sup ayam tapi tiada ayam, pergi bilik air tiada air, makan kek tapi tiada garfu, pakai kemeja tapi tak pakai singlet, pakai kasut tak pakai stokin, print gambar tapi tiada frame, badan gemuk tapi pakai baju ketat, bawa kereta tiada minyak, cakap i love you tapi tiada orang yang di i love you nya.


Mak membuat kehidupan kami sempurna.


Inilah mak kesayangan saya. Kan saya dah cakap.

Betul kan?

"If love is as sweet as a flower, then my mother is that sweet flower of love."


Di bawah ini merupakan beberapa lagu yang berjaya saya jumpa dan kumpul yang ditulis, dinukilkan, dibuat, diilhamkan, ditujukan, digubah, didendangkan dan dinyanyikan khas untuk para ibu. Semestinya semua lagu-lagu ini saya tujukan kepada mak saya. Hari-hari hari mak saya. 



Dahsyat - Mojo

Hanya Rindu - Andmesh

Air Mata Ibu - Siti Nurhaliza

Syurga di Telapak Kaki Ibu - Aishah

Mutiara Hati- Sakha 

Buatmu Ibu - Aeman

Untukmu Ibu - Mamat Exist

Jasa Bonda - Warisan

Mawar Putih Buat Mama - Sharifah Aini

Kasihnya Ibu - Jamal Abdillah

Penawar Kasih - Jamal Abdillah

Ibu - P. Ramlee

Comments

Popular Posts