RUANG 2

Saya di Cookatoo Island!

" Woah...this house is so GEERREAT!"

Ujar saya dengan nada takjub dan ikhlas sambil melangkah masuk ke ruang dalam rumah tanpa menanggalkan kasut Nike hitam saya.

"Naaah...its nothing Zan. Have a sit."

Balas Andrew sambil meletak gugusan kunci rumahnya di dalam balang kristal di atas rak kasut sambil memetik suis pemanas rumahnya.

"Thank you Andrew. By the way who is that young man?"

Sambil saya meneguk jus epal dan melihat tepat pada sebingkai gambar kayu yang terletak disebelah pasu putih kecil di atas rak kayu oak berwarna putih.

"It was me. 20 years back."

Jawab Andrew dengan bersahaja, sahabat baharu saya dari Melbourne yang berambut pendek ala kapten askar, berwarna putih asli dan bersisir kemas.

Saya berkenalan dengan Andrew dan sahabat Andrew iaitu Peter ketika saya di dalam feri menuju ke Pulau Cockatoo, Sydney. Dari Darling Harbour untuk ke Pulau Cookatoo mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan merentas kedinginan angin Parramatta River. Sambil menikmati angin dingin menyapu lembut pipi, saya disapa oleh mereka tanpa disangka-sangka. Kami bersahabat sehingga sekarang.

Rumah Andrew di Melbourne. Rumah Andrew kecil dan simple. Ada ruang tamu yang dikongsi dengan ruang makan dan ruang bekerja, satu bilik tidur, satu bilik pakaian, dapur terbuka dan tandas! Rumah Andrew mempunyai perabut, meja makan dan rak yang dibuat sepenuhnya dari kayu. Rumah Andrew berwarna senada, simple, minimalist, modern, kemas, teratur, selesa dan nampak luas walaupun kecil. 

Detik saya melangkah masuk ke dalam rumah Andrew mata saya terus tertancap pada rak buku kayu di ruang tamu rumah Andrew. Rak buku kayu itu sangat unik kerana walaupun rak tersebut sangat simple tetapi memberi aura yang hebat di dalam rumah Andrew. Rak buku tersebut penuh dengan buku-buku pelbagai warna dan saiz yang elok tersusun kemas memberi nuansa intelektual kepada pemiliknya. 

"Cantiknye...nanti nak ada rak buku macam ni juga di rumah!" bisik dalam hati.

Selepas itu mata saya tertarik kepada chimney kecil yang dicat dengan warna merah hati di sebelah rak buku di ruang tamu rumah Andrew. Cantik. Elegant. Classy. English. Itulah yang terdetik di fikiran saya. Menurut Andrew, sebelum ini chimney tersebut boleh digunakan untuk membakar kayu api bagi mengekalkan haba panas di dalam rumahnya. Disebabkan peredaran zaman, Andrew memilih untuk menggunakan chimney elektrik sebagai langkah yang lebih hijau.

"Nanti nak buat chimney jugak!" bisik dalam hati.

Selepas itu mata saya tertangkap pada basikal Andrew yang elok tergantung di dinding rumah Andrew. Bagi saya perkara itu adalah suatu perkara yang baharu tetapi menarik dan unik. Mana ada orang Kampung Lekir letak basikal di dalam rumah. Nak kena hambat dengan paip getah? Nanti najis atau kotoran dari tayar basikal terbawak masuk ke dalam rumah sekali. Nanti malaikat tak masuk rumah. Nanti jatuh, pecah pasu bunga.

Andrew cakap dia setiap hari pergi kerja dengan basikal itu. Apabila sampai rumah dia akan letak balik basikal tersebut disitu. Selain sangat praktikal, secara tidak langsung basikal mahal Andrew menjadi wall-deco di dinding rumah Andrew yang berwarna putih bersih tersebut pada hemat saya. 

"Nanti nak beli basikal pastu nak gantung dalam rumah jugak!" bisik dalam hati.

Selepas puas membelek, merenung dan mentelaah rumah Andrew, kami pun bersiap-siap untuk ke rumah Peter yang terletak di St Kilda. Peter telah menjemput kami untuk makan tengahari di rumahnya. Peter cakap hari ini dia masak menu istimewa dari hari-hari biasa sebab itu dia jemput saya dan Andrew. Selepas itu kami bertiga berjalan kaki menyusuri pesisir pantai St Kilda melihat penguin bertenggek di batu hitam sambil melihat matahari terbenam. Kenangan.

Sejak dari detik itu saya mula berangan-angan untuk memiliki rumah saya sendiri suatu hari nanti. Rumah yang sederhana, ringkas, lengkap, selesa, aman, tenang dan yang paling penting ada tiga ciri-ciri yang saya takjub di rumah Andrew.

2013

"One fine day. I will have my own kind of home. I promise!" 

2020

"Alhamdulillah" 

"Tapi takde chimney lagi" 

"Sabarlaaaa!!"

Gambar Andrew di rak paling atas.

Rak buku Andrew bersebelahan chimney

Ringkas tapi style

Ruang tamu, ruang kerja dan ruang makan. Sangat praktikal.

a
Kwasan perumahan Andrew yang sangat bersih dan aman.

Terasa sejuk dengan kehadiran pohon-pohon hijau dan batu bata merah.

Jiran Andrew yang rajin.



Comments

Popular Posts