CINTA
Baru-baru ini saya dikejutkan dengan perkhabaran sedih tentang sahabat saya yang baru mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya telahpun bercerai. Perkahwinan yang gilang gemilang yang memakan puluhan ribu ringgit hangus begitu sahaja tidak sampai beberapa bulan. Kebahagiaan yang dicari tetapi kesedihan yang diganti. Persoalannya adakah sahabat saya telah berkahwin dengan puzzle milik orang lain?
Cerita yang lain pula. Pada dua hari yang lepas saya ada berjumpa dengan sahabat saya. Tengah seronok berborak tiba-tiba sahabat saya ini berkongsi cerita dengan saya bahawa tunangnya telah minta untuk putus tunang dengannya. Perhubungan bertahun-tahun terkandas dipertengahan jalan. Dalam diam rupanya tunangnya yang kini sudah menjadi bekas tunang sahabat saya ada menjalinkan hubungan akrab dengan lelaki lain. Sahabat saya sedih. Banyak wang ringgit dan masa telah dihabiskan untuk tunangnya dahulu. Perancangan untuk sehidup bersama tidak kesampaian. Tapi saya tahu sahabat saya seorang yang cekal dan kuat. Persoalannya adakah sahabat saya masih belum bertemu puzzle nya lagi atau adakah bekas tunang sahabat saya sudah berjumpa puzzle nya yang tepat sehingga terpaksa meninggalkan sahabat saya?
Cerita lagi. Haritu saya ada keluar dengan sahabat saya. Dalam perjalanan ke destinasi yang dituju saya ada bertanya tentang perkembangan hubungan cinta sahabat saya ini dengan sahabat saya yang sorang lagi. Sahabat saya bercinta dengan sahabat saya. Malangnya rupanya perhubungan mereka sudah putus. Terkandas dipertengahan jalan. Sahabat saya seorang lagi tiba-tiba memulangkan semua hadiah yang sahabat saya telah beri, memutuskan segala bentuk komunikasi dan memilih untuk mendiamkan diri secara tiba-tiba. Kesian sahabat saya. Terpaku-paku dan terpinga-pinga. Mempersoalkan diri kenapa perkara ini harus terjadi kepadanya. Kecewa dengan tindakan sahabat saya yang seorang lagi. Sebagai sahabat saya hanya mampu untuk memberikan kata-kata semangat dan mengharap sahabat saya ini kekal positif seperti sekarang. Persoalannya adakah kedua-dua sahabat saya memiliki puzzle yang sama bentuk atau sahabat-sahabat saya mempunya puzzle yang tidak boleh bercantum diantara satu sama lain?
Jika apa yang di perkatakan oleh penulis tersebut di dalam artikelnya adalah benar, mengapakah sahabat-sahabat saya dan orang -orang lain yang senasib dengannya perlu melalui fasa-fasa tersebut dalam kehidupan mereka? Adakah sahabat saya perlu menjalinkan hubungan dengan ramai orang sehingga sahabat saya berjumpa dengan puzzle yang sudah ditakdirkan untuknya? Adakah cara untuk kita tahu bahawa puzzle yang kita cintai itu adalah puzzle yang tepat untuk kita? Bagaimanakah untuk memilih puzzle yang mencintai kita supaya kita dapat mengelak perkara-perkara yang terjadi kepada sahabat-sahabat saya di atas terjadi kepada diri kita?
"LIFE IS LIKE A PUZZLE"
Comments
Post a Comment