FILEM REVIEW: CARGO


Assalamualaikum semua. Filem Cargo merupakan sebuah lagi filem yang berjaya saya tonton sebelum detik dua belas tengah malam tahun baru 2019. Sambutan ambang tahun baru 2018 yang lepas telah saya sambut di Lok Kawi, Sabah dengan kareoke, steamboat dan memenangi cabutan bertuah manakala sambutan ambang tahun baru tahun 2019 pula saya memilih untuk merehat-rehatkan diri dan memanjakan diri di dalam bilik saya dengan menonton movie di Netflix dan mengemaskini blog saya sambil mengunyah coklat Whittaker dari New Zealand. 


Filem ini mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah yang telah digigit dan dijangkiti virus yang boleh menyebabkan dia berubah menjadi mayat hidup untuk menyelamatkan bayi perempuannya dari dirinya sendiri dan mayat-mayat hidup ataupun zombie yang lain. Si ayah bernama Andy iaitu lakonan Martin Freeman terpaksa meredah hutan dan gurun Australia untuk mencari perlindungan penjaga untuk bayi perempuannya.


Diakhir filem ini, atas pertolongan seorang kanak-kanak perempuan puak orang asli Australia iaitu Thoomi, Andy telah berjaya membawa bayi perempuannya ke tempat yang selamat iaitu di perkampungan puak orang asli Australia sebelum dirinya bertukar kepada zombie. 



Comments

Popular Posts