|
Sebelum bergerak ke Kuala Lumpur |
Assalamualaikum semua. Pada 25 1630H Dis 18 saya memulakan perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah sudah cuti saya selama lima hari di kampung halaman setelah berehat-rehat bersama keluarga saya di rumah. Sekejap sahaja lima hari. Sakit dan luka disebabkan kemalangan tempoh hari pun masih belum kering lagi. Saya sudah kena pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja di esok hari. Apa nak buat, kerja makan gaji kan.
Walaupun hati saya kali ini keberatan untuk pulang ke Kuala Lumpur tetapi saya cekalkan, gagahkan dan kuatkan hati saya juga. Kalau ikutkan hati, saya nak sambung cuti saya di rumah. Boleh saya makan makanan yang sedap-sedap yang emak saya masak. Boleh saya berehat-rehat, bersembang-sembang dan gelak ketawa sambil tengok rancangan di televisyen bersama adik-beradik saya. Boleh saya meronda-ronda di Lumut, Manjung dan Sitiawan bersama adik-adik saya. Boleh saya makan cendol di Wisma Ganda di petang hari. Boleh saya berbasikal sampai ke Lumut Port menghirup udara segar Sungai Manjung. Boleh saya kasi makan dan tengok Toto kucing saya makan dengan lahapnya. Boleh saya tolong abah saya siramkan pokok-pokok bunga yang banyak disekeliling rumah kami. Boleh saya ikut abang saya ke pasar malam untuk membeli apam balik, keropok lekor, putu piring, rangka ayam dan bantal kekabu. Boleh saya bermain dengan anak-anak Along saya yang banyak kerenah dan comel. Boleh saya masak dengan adik-adik saya untuk makan beramai-ramai. Boleh saya minta tolong pada mak saya untuk urutkan tangan dan bahu saya yang sengal-sengal selepas kemalangan hari itu. Boleh saya duduk di rumah bersama keluarga saya. Di Kuala Lumpur tiada siapa-siapa pun. Saya seorang.
|
Selfie ketika masih di kawasan kampung |
|
Berehat sebentar di Tol Sungkai selepas sejam perjalanan dari kampung |
|
Seronok nak memulakan pengembaraan |
Why those vid x bole play??
ReplyDeleteboleh2!
Deleteok bole dh.. haha
Delete