FILEM REVIEW: SOLTERA CODICIADA


Pada hari Sabtu yang lepas saya berpeluang untuk menonton filem yang kelakar, berunsur komedi, tidak berat, dan mempunyai nilai pengajaran yang tersendiri di Netflix iaitu How To Get Over A Breakup Netflix Movie.



Filem ini mengisahkan tentang seorang penulis iklan iaitu Maria De Palacios yang patah hati, kecewa dan kesedihan melampau akibat putus cinta dengan kekasih hatinya iaitu Matiaz yang sudah menjalinkan hubungan cinta dan tinggal bersamanya selama enam tahun di rumahnya yang comel di Lima, Peru. Kekasihnya telah menyambung pengajian master di Manchester Universiti dan meminta untuk putus akibat tidak tahan dengan perhubungan jarak jauh dan kesibukan dengan rutin kehidupan yang baharu. Tetapi selepas diselidik melalui Instagram, Facebook dan Twitter milik kekasih hatinya oleh Maria, rupa-rupanya kekasih hatinya memiliki kekasih hati yang baharu.

Kecewa dengan apa yang terjadi, Maria telah melalui fasa-fasa putus cinta yang telah ditunjukkan di dalam filem itu secara beremosi dan realistik tetapi mempunyai unsur-unsur komedi seperti berikut:



1. PENAFIAN (DENIAL)




2. KEMARAHAN (ANGER)




3. TAWAR MENAWAR (BARGAINING)




4. KEMURUNGAN (DEPRESSION)




5. PENERIMAAN (ACCEPTANCE)


Atas saranan sahabat baiknya, Maria melepaskan kemarahan, kekecewaan, kesedihan, kesepian dan kemurungan di dalam blognya yang bernama Soltera Coldiciada yang bermaksud Gadis yang Dilindungi. Tanpa disangka-sangka blog Maria telah menarik ramai pembaca terutamanya gadis dan wanita yang senasib dengannya untuk membaca dan mengikuti tulisan dan curahan hati Maria di blog miliknya.

Dipendekkan cerita, Maria berjaya menjadi seorang yang positif, kuat, pasrah dengan perpisahan tersebut dan mempunyai matlamat hidup yang baharu. Malah hasil tulisan Maria di blog miliknya akan di bukukan dan diterbitkan. Bravo!






Comments

Popular Posts