FILEM REVIEW: NEVER LET ME GO


Assalamualaikum semua. Hari ini saya berkesempatan untuk menonton filem yang menarik ini di Netflix sementara menunggu ambang tahun baru 2019 di bilik saya. Saya terpanggil untuk menonton filem ini kerana salah seorang pelakon di dalam filem ini merupakan pelakon kesukaan saya iaitu Keira Knightley. Selain itu filem yang diadaptasi dari novel ini turut dibintangi oleh Carey Mulligan dan Andrew Garfield.



Filem yang sarat dengan mesej ini menceritakan tentang sekumpulan manusia yang dibesarkan di sebuah sekolah yang bernama Hailsham untuk dijadikan bekalan organ penting kepada manusia yang lain. Pada suatu masa apabila manusia-manusia ini telah dewasa dan matang mereka akan menjalani beberapa siri pembedahan untuk menderma organ mereka kepada manusia-manusia yang lain sehingglah tiba pada satu tahap di mana tiada lagi organ yang tinggal pada diri mereka untuk didermakan. Takut bukan?


Walaupun di sekolah asrama khas ini mereka telah diberi pendedahan dan pengetahuan tentang kehidupan yang bakal mereka tempuhi dan apakah tugas hakiki mereka hidup di dunia ini tetapi mereka tetap diberi peluang untuk hidup seperti manusia normal yang lain. Di dalam filem ini juga diceritakan tentang perhubungan cinta tiga segi diantara manusia klon bernama Ruth, Kathy dan Tommy. Ruth lakonan Carey Mulligan mencintai Tommy lakonan Andrew Garfield sepenuh hatinya tetapi Kathy lakonan Keira Knightley cemburu dan takut untuk hidup kesorangan dan dia berusaha sebaik mungkin untuk memikat Tommy. Akhirnya Tommy jatuh ke tangan Kathy. Ruth yang kecewa dengan perhubungan itu telah membawa diri dan telah memilih untuk menjadi "Carer" iaitu penjaga kepada manusia-manusia klon ini.


Bagi saya filem ini sangat memberi kesan kepada diri saya dan juga penonton yang lain. Saya yakin suatu hari nanti industri pengklonan manusia ataupun penjualan organ manusia untuk kepentingan individu tertentu seperti yang dipaparkan dalam filem ini akan wujud. Ataupun ianya telah lama wujud tanpa kita sedari. Di dalam filem ini juga dipaparkan tetang manusia-manusia klon ini  mempunyai perasaan dan kemahuan seperti manusia-manusia yang lain. Cuma mereka tidak memberontak dan telah mengikhlaskan hati untuk mewakafkan organ dan diri mereka untuk kesihatan dan kemaslahatan manusia lain. Hebat bukan?



Comments

Popular Posts