FINAL BOLA!


Pada hari Selasa yang lepas 11 2045H DIS 18 merupakan salah satu detik bersejarah dalam hidup saya apabila saya berpeluang buat pertama kalinya menyaksikan perlawanan bola akhir diantara pasukan Harimau Malaya melawan pasukan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.  Alhamdulillah urusan untuk mendapatkan tiket emas memasuki stadium ini dipermudahkan dengan bantuan rakan saya. 


Sanggup berhujan demi negara

Bergerak dari rumah dalam jam 1600 dengan harapan dapat sampai di Bukit Jalil sebelum hujan turun tapi malangnya hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya dipertengahan jalan. Betullah manusia hanya mampu merancang. 


Membonceng motosikal merupakan pilihan yang terbijak untuk ke stadium

Nasib baik kawan saya tinggal di area Bukit Jalil, jadi dapatlah saya menumpang dirumahnya untuk mandi dan menukar pakaian yang kering untuk keselesaan diri sepanjang perlawanan yang bakal sengit sebentar nanti.


SAMPAI..!!!

Dalam jam 1800 kami bertolak ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Jalan sangat sesak, penuh dengan kenderaan, berpusu-pusu penyokong Malaysia yang setia berbaju kuning menuju ke stadium. Kami memilih untuk menaiki motosikal supaya dapat meredah kesesakan ini dengan mudah dan tiba tepat pada masanya. 


Bekalan dari Omma

Rupanya memilih tempat duduk bukanlah satu tugas yang mudah. Lagi-lagi tempat duduk di dalam stadium merupakan free seating ataupun siapa cepat dia dapat. Ketika kami sampai, kebanyakkan tempat duduk telah dipenuhi oleh orang ramai. Jadi saya terpaksa meringankan mulut bertanya kepada siapa-siapa yang duduk di sebelah kerusi kosong dengan harapan kerusi itu betul-betul kosong. Dengan berkat kesabaran, keramahan mulut bertanya dan kemanisan riak muka saya akhirnya kami berjaya mendapat tempat duduk yang sangat strategik dan mempunyai keluasan pandangan padang yang maksima. 


Lautan kuning aka Minion

Perlawanan bola dijangkakan pada jam 2045 tetapi kami telah duduk dengan selesanya di stadium pada jam 1845. Ada dua jam lagi sebelum perlawanan yang getir itu berlangsung. Tempoh menunggu dua jam itu terasa sekejap sahaja bagi saya kerana saya terhibur dan kagum dengan keletahan dan gelagat penyokong-penyokong Harimau Malaya yang ada di stadium ini. Kami bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dan lagu Semangat Harimau Malaya dengan bersemangat dan tidak henti-henti. Penonton di stadium juga tidak jemu melaungkan kata-kata semangat kepada pasukan Harimau Malaya dan mengibarkan Jalur Gemilang dengan gagahnya. Suasana inilah yang saya mahukan!









Geng bola!

Semangat Ultras Malaya

Puas hati!


Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan perlawan bola ini. Malaysia berjaya mengikat Vietnam 2 - 2. SERI...!!! 

Jerih perih saya meredah banjir di Bukit Jalil, bersejuk dan kedinginan ditimpa hujan, bersesak-sesak dengan masyarakat, berhabis duit minyak motor, suara saya bertukar dari Kuswadinata ke Chakra Khan dan kehabisan tenaga bersorak, melompat, menjerit dan berteriak. Semuanya BERBALOI!!!



Comments

Post a Comment

Popular Posts