BLOG




Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Pejam celik pejam celik hari ini sudah hari Isnin minggu  ketiga di bulan terakhir tahun ini. 17 Disember 2018. Lagi beberapa hari lagi kita nak melangkah ke tahun baru. Tahun 2019. Tinggal lagi beberapa hari lagi untuk kita kejar semua azam dan impian di tahun 2018 yang masih belum terlaksana ataupun tercapai. 

Alhamdulillah salah satu impian saya pada tahun 2018 ini ialah untuk mula menulis. Menghidupkan semula blog saya dan aktif kembali dalam arena blogging. Platfom sudah ada, sekarang tinggal saya sahaja untuk menjadi seorang yang rajin ataupun malas, menjadi seorang yang produktif ataupun pasif, menjadi seorang yang menghidupkan impian atau meleburkan impian, seorang yang mengimarahkan emosi ataupun bernafas rasional.











Rupanya menulis ini bukanlah satu kerja yang mudah. Lagi-lagi oleh seorang yang tidak berbakat semulajadi seperti saya. Bukan juga dari kalangan komuniti yang beraliran penulis. Tetapi saya percaya yang bakat boleh diasah. Lagi-lagi bakat menulis. Jika kita rajin, tekun, bersungguh-sungguh, positif, bersemangat dan yakin. Inshallah apa yang kita usahakan akan berbuah ranum. Sasaran saya, saya mahu menulis satu hari satu post blog atau artikel dalam blog ini. Mohon tunjuk ajar dari tuan-tuan dan puan-puan!



Comments

Popular Posts