FOOD REVIEW: BBQ BUFFET DINNER, ROYAL CHULAN BUKIT BINTANG

Bloggers yang hadir di Royal Cholan, Bukit Bintang


Assalamualaikum semua. Pada hari Jumaat yang lepas 21 1830H Dis 18 saya telah berpeluang dan diberi kesempatan untuk menikmati makanan-makanan BBQ yang enak lagi bernutrisi di Royal Chulan, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Selain saya ramai lagi blogger-blogger dan rakan media yang lain hadir untuk memeriahkan majlis. Program ini bermula dari jam 1830 sehingga jam 2200. 




Pelbagai juadah telah disediakan. Dari juadah pembuka selera, sup, hidangan utama, pencuci mulut, buah-buahan, pelbagai jenis kek, minuman sejuk dan juga panas tersedia di sini. Siapa-siapa yang datang pasti tidak akan merasa rugi lagi-lagi harga yang ditawarkan sangan berpatutan iaitu RM88 untuk seorang dewasa. Lihatlah makanan-makanan yang disediakan di sini. Sedap!

Meja hidangan pembuka selera dan salad.

Meja juadah pencuci mulut yang menyediakan pelbagai jenis kek

Pelbagai jenis daging dan makanan laut untuk dipanggang

Makanan kesukaan saya iaitu sate!

Ada juga menyediakan ayam panggang untuk pilihan yang lebih berkhasiat.

Kambing panggang yang menjadi rebutan ramai pengunjung

Nasi goreng Cina yang sedap lagi bernutrisi

Ayam Goreng Berempah yang sedap lagi rangup

Sayur campur yang dimasak menggunakan mentega.

Grilled Tomato with Cheese untuk pilihan masakan barat

Corn on The Cob yang manis lagi berlemak

Suasa dan persekitaran tempat BBQ di Royal Chulan Bukit Bintang

Antara chef yang bertungkus lumus untuk menyediakan juadah yang sedap lagi lazat di sini



Tempat BBQ yang bersebelahan kolam renang memberi ketenangan dan kedamaian kepada pengunjung


Terima kasih tidak terhingga kepada penganjur yang menjemput saya untuk datang ke program ini. Terima kasih juga kepada sahabat saya iaitu Hans yang baik kerana sudi mengajak saya untuk ke sini. Terima kasih juga kepada blogger-blogger otai yang sudi menerima insana kerdil ini untuk turut serta dalam komuniti blogger dan tidak lokek ilmu dengan saya. Terima kasih semua!

Comments

Popular Posts